LYNX - Kucing Ganas/Liar

Salam

Mungkin kenal atau perasan gambar di atas ni gambar apa. Kalau tau tentu akan cakap serigala or beruang. Tapi sebenarnya adalah kucing. Spesis kucing yang mempunyai habitat kebanyakannya di hutan. Jenis kucing ni dipanggil LYNX, dalam bahasa melayunya kucing buas/liar. Ok la tu, janji nama kucinglah kan. Aku saja-saja letak gambar binatang ni sebab aku suka dengan nama LYNX ni sejak tingkatan 6 dulu. Aku jumpa perkataan  ni dalam kamus masa buat latihan MUET tingkatan 6. Biasalah kan orang tak reti BI. Kena tengok kamus juga, jadi dibuatkan cerita terjumpalah perkataan LYNX ni. Macam best saja, terus aku guna sebagai nama pena. Macam sekarang ni AKUBAH, dulu RAB_LYNX. Adalah tu maksudnya.

Aku kenal pun binatang ni masa search diinternet. Ingatkan serigala ke apa ke, rupanya macam kucing juga tapi seakan-akan sama dengan serigala. Bolehlah tu, istimewanya Kucing LYNX ni aku tak kaji lagi, yang aku tahu LYNX ni binatang spesis kucing. aku cuma minat dengan perkataan LYNX ni saja. Sorry. Aku tiba-tiba letak ni sebab tadi aku pi beraya rumah kawan mak cik ni kat Gelugor. Kira aku beraya di Penanglah dalam 2 hari ni. Esok balik Perak dah.Masa tengok tv1 tu keluarlah rancangan animal entah apa benda entah. Pastu ada liputan tentang LYNX ni, so dah lama tinggalkan perkataan ni teringat semula. So tu yang nak abadikan dalam blog ni.OK.

Esok dah nak start kuliah. Esok baru balik Tanjung Malim. Minggu ni juga kena hantar banyak tugasan dan 2 pembentangan. Aku nak buat kelainanlah dengan pembentangan ni, buat lintas langsung or secara langsung. Kira macam rancangan TVlah konon yang ada temuramah-temuramah tu dan ada orang awam kol. macam-macamlah nanti. So, nantikanlah khamis ni…Haha.

8.23pm

27.09.09

Pulau Pinang