Selamat Hari Raya

Salam

Selamat Hari Raya diucapkan kepada pembaca setia blog ini. Semoga semuanya sentiasa berjalan dengan lancar segala perancangan dan juga harapan dengan ketibaan hari raya kali ini.

Untuk keluarga di Sabah, kali ini aku tidak balik lagi. Entah sudah berapa kali tidak balik beraya. Sejak masuk UPSI ni, sekali sahaja balik, itu pun sebab ada tugasan ROS. Selamat Hari Raya aku ucapkan untuk keluarga tersayang. Ampun maaf dipinta dari kedua ibu bapa aku. Semoga sentiasa sihat dan mendapat rahmat dari Allah.

Salam kemaafan dari kejauhan ini.

9.29pm

18.09.09 ( 28 Ramadhan)

KUO Perak

Advertisements