Salam

Selesai sudah tugasan Pengantar Etika untuk tugasan kedua iaitu membuat filem, montaj, iklan, dokumentari dan banyak lagi dalam bentuk video. Hari ini aku sudah hantar tugasan tersebut. Aku dan rakan kumpulan memilih untuk memilih filem pendek dalam tempoh masa 10 minit. Walaupun bagi aku sebagai pengarah filem pendek ini masa yang ditetapkan tidak sesuai untuk tempoh yang singkat. Namun telah diusahakan mengisi segala keperluan filem pendek yang mempunyai mesej untuk disampaikan. Diharap mesej yang cuba diselitkan dalam filem pendek ini dapat diterima oleh tontonan umum.

Berlatar belakangkan kisah yang aku adaptasi dari cerpen aku sendiri iaitu Cerpen Cintaku Tertinggal Di Perak, filem pendek ini cuba menyampaikan mesej tentang apa itu cinta walaupun tidak menyeluruh. Filem pendek yang masih mengekalkan tajuk cerpen iaitu Cintaku Tertinggal di Perak. Masa jadi pelakon memamg penat dan letih kerana hanya tempoh sehari sahaja aku dan ahli kumpulan lain membuat penggambaran. Dari pagi sampai ke malam. Memang penatlah. Harap hasilnya memberikan kepuasan kepada penilai.

Apa pun, nantikan kemunculan filem pendek Cintaku Tertinggal Di Perak semasa pembentangan selepas raya ini. All the best.

9.45pm

18.09.09

KUO

Advertisements