Salam

Teringat kembali zaman remaja, seakan ingin berada di ketika itu. Kelibat rakan-rakan sekampung main bola bersama, badminton dan aktiviti-aktiviti yang sangat menyeronokkan. Tika ini tiada lagi kenangan seindah itu, sekadar mengingat kembali detik segalanya untuk dilatari semula sebagai penghias memori kenangan silam. Dunia alam pengajian dan amanah yang kadang kala sukar diterjemahkan ke arah sepatutnya membuatkan kenangan itu sedikit sebanyak teringat kembali.

Gambar di bawah ini aku sendiri sudah lupa bila ianya diabadikan, seingat aku masa ini majlis perkahwinan di kampung aku. Individu-individu yang terlibat dalam kenangan ini ada yang sudah berumah tangga, bekerja dan masih berada di ketika ini. (kalau kenal mana aku dalam gambar ni, manalah tau berbeza dengan sekarang ni…haha)

Zaman remaja

Form 5

Gambar di atas berpakaian sekolah ni pula, masa aku tingkatan 5. Tengok saja gelagat rakan-rakan tu. Memang best bah masa tu. Mengorat, mengusik perempuan je kerja kami. Ngorat2 or usik2 pun study juga bah. Bukan jahat tapi nakal terutamanya yang buka baju paras dada tu, sekarang ni dia sudah kahwin. haha. Awal kau jo. Rakan-rakan dalam gambar ni kebanyakannya sudah bekerja dan ada juga yang sudah berkahwin. (aku juga yang belum bah..haha)

Form 4Gambar atas ni pula, masa aku form 4 rasanya. Ambil kenangan masa bertugas di Library sekolah. Jangan hairan kalau masa tu aku jadi Pengerusi Pusat Sumber. haha. Tapi tak juga bertugas. Macam-macam bah zaman sekolah. Geng-geng dalam gambar ni, ada 4 orang ni sudah bergelar graduan dan sudah ada pekerjaan. Aku juga masih belajar. Guru pusat sumber, Cikgu Mahani mengajar subjek English dan Ekonomi Asas. Best juga dia mengajar, guru dari semenanjung bah. Setahun aku habis SPM, dia kembali ke negeri asalnya. Lupa plak aku di mana.haha.

Prestap 2000Last gambar atas ni masa aku join Pemantapan Prestasi Pelajar (Prestap) 2000 form 4 lah tu. Dianjurkan oleh UMS hasil usaha bekas pelajar sekolah aku ni juga. Masa ni untuk bersesi suai kenal lah konon bah. kawan-kawan dalam gambar ni, macam yang kawan lelaki sebelah baju biru ni (fasi) sudah kerja di KL, lepasan UKM. Ceweknya orang Pahang bah. kalau menelefon aku, speakingnya bukan ketara Sabahnya tapi cakap semenanjung sudah dia. haha. tambirang jak apa orang Sabah cakap. Rilek kau brad. Bila kau mau kawin? …

P/s ; rasanya ini dulu gambar kenangan zaman remaja, ini pun aku sempat SCAN . sekarang kamera digital sudah bah semua, jarang sudah pakai KODAK. haha. Nanti dicakap pula ketinggalan zaman. Ok la bah kan. Kalau dalam gambar ni dapat kenal aku, baguslah. Berbeza muka or sebagainya sudah dewasa ni pandai2lah tengok…haha..all the best.

UNTUK KAWAN2 YANG NDAK LAMA SUDAH BERJUMPA N MASIH KENAL AKU LAGI, CALL ME N HUBUNGI AKU BAH. BILA LAGI KEMBALIKAN KENANGAN LAMA. OK.

3.42am

14.09.09

KUO