Salam

Excited pula aku mahu menulis lagi tentang kisah tempat aku. Semporna di Sabah atau lebih dikenali oleh penduduk daerah Semporna sebagai Sampulna’. Kali ini, aku mahu memperkenalkan satu lagu atau darian yang telah dikomersilkan di peringkat kebangsaan semasa sambutan kemerdekaan negara yang lalu. Satu slot atau lagu ini telah didendangkan oleh peserta yang membentuk Jalur Gemilang dan para pemuzik yang mengiringinya yakni lagu ” My Darling Darling ” .

Lagu ini cukup popular di daerah Semporna dan juga beberapa daerah di Sabah yang penduduknya yang berbangsa bajau dan suluk. My Darling Darling kalau kita perhatikan adalah perkataan Bahasa Inggeris yang lebih kurang maksudnya Sayang/Kekasih. Namun hakikatnya, perkataan ini merupakan perkataan dalam bahasa bajau atau suluk itu sendiri dengan sebutan Dalling Dalling. Sudah sebati dalam erti kata sudah menyusup masuk dalam bahasa bajau atau suluk. Siapa yang mengambil atau meminjam perkataan ini tidak penting lagi dan kena kaji semula keturunan bangsa-bangsa di dunia. Menurut sejarah bajau/suluk adalah dalam kategori Melayu. Walaupun Melayu itu luas tapi masih dalam lingkungan keturunan Melayu.

Oklah aku bukan bercerita tentang sejarah bangsa tapi untuk memperkenalkan lagu ini. NAk dengar lagu ini, cari sahaja di Youtube. Untuk bangsa Bajau dan Suluk semoga terus maju dalam pelbagai bidang. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah peringkat persekutuan sekarang ini merupakan anak jati Semporna dan juga berbangsa Bajau iaitu Datuk Seri Shafie Hj. Apdal. Semoga menjadi inspirasi kepada anak bangsa kelahiran semporna untuk menerajui tampuk pemerintahan negara khususnya di masa akan datang. Untuk Datuk Seri Shafie Hj. Apdal semoga terus tabah dan bijak dalam arena pemerintahan dan juga khususnya dunia politik yang sedikit berkecamuk buat masa sekarang. Diharapkan semua pemimpin negara terus berusaha mengekalkan keamanan dan seterusnya memajukan masyarakat Malaysia. All the best.

3.20am
12.09.09
KUO

Advertisements