Salam

Mahu pulang, pulang bukan ke Sabah atau ke mana-mana. Tapi mahu pulang kepada diri dulu. Masih mencari hala tuju yang betul hendak mahu pulang. Kini mahu teringin sangat untuk ke diri yang dulu. Kejadian-kejadian yang sering kali menerpa membuatkan tidak tahu ke mana lagi untuk menyembunyikan dari semua cubaan dan dugaan ini.

Apa yang kita katakan kepada orang lain tentunya ada dua tanggapan sama ada tanggapan baik atau buruk. Niat tiada yang buruk ingin dikatakan, mungkin cara yang digunakan menyebabkan orang lain akan memberikan tanggapan buruk. Namun hakikatnya tiada niat tidak menghormati, membuli dansebagainya. Mungkin betul juga pepatah kata, rambut sama hitam hati lan-lain walaupun kadang-kadang ada rambut yang sengaja diwarnakan dengan pelbagai warna. Itu terpulanglah.

Kesilapan kita adalah dari diri kita sendiri, kenapa perlu meletakkan kesalahan itu kepada orang lain. Kenapa perlu tuding jari itu ini yang salah sedangkan kita empunya diri yang bermula segala kesilapan sehinggakan merosakkan segala yang dirancangkan. Keinginan ingin melakukan yang terbaik. Pengalaman bukan bererti memberi segala yang dimahukan untuk kehidupan seterusnya, cuma perlu diadaptasikan dengan sepenuhnya. kesesuaian pengalaman lalu perlu di’setting’ seperti kehendak yang sekarang ini. Lain pengalaman lain apa yang berlaku masa sekarang. Hanya perlu bijak adaptasi yang sebaiknya.

Muhasabah diri selalu untuk mengenalpasti segala apa yang telah dilakukan. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan kesilapan dan kealpaan. Jalannya kembali kepada Pencipta untuk memohon keampunan dari segala kekhilafan. Semoga semuanya akan cuba diperbaiki di masa akan mendatang. Bukan tidak berusaha malahan sudah sedaya upaya. Teruskanlah.

11.06am

07.09.09

KUO

Advertisements