Salam

Hari ini genap 52 tahun kemerdekaan negara kita. Hari ini juga selesai sudah program aku yang dalam perancangan selama sebulan yakni tempoh bulan Ogos. Dek kerana masalah H1Ni, program menjadi pendek dan kerja pun terlalu kelam kabut dilaksanakan. Alhamdulillah segalanya sudah berlalu, semoga menjadi satu pengajaran dengan apa yang telah sepanjang program tersebut.

Mungkin orang akan nilai bahawa kita sebegini sebegitu namun hakikatnya mereka tidak tahu bahawa apa yang kita lakukan itu adalah untuk kebaikan apa yang kita hendak usahakan. Pedulikan apa orang kata janji segala apa yang kita inginkan kita rasa sudah mampu untuk bersedia dengan sebarang risiko yang bakal dihadapi.

Setiap manusia mengkehendaki setiap apa yang diimpikan sentiasa diperolehi dengan segala perancangan dan ketelitian usaha dan apabila tiba masanya segalanya tidak tercapai bahkan sudah sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik. Namun tetap tidak menjadi kepuasan seperti yang diimpikan. Apa pun, kita mampu merancang dengan teliti dan mengharapkan yang terbaik namun ada perancang yang lebih utama lagi dalam hidup ini. Semoga menjadi muhasabah diri. Berusaha juga tapi DIA pasti tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sedikit pengkhabaran, bila sudah seseorang itu bekerja bersama kita dan pastinya kita sudah tahu cara-cara seseorang itu bekerja. Permulaan tidak perlulah melemahkan semangat atau pun menuding jari bahawa itu ini dia penyebabnya. Apa yang penting, sebagai mahasiswa sudah terdidik sebab itu boleh menjadi mahasiswa. Selain itu juga, kita peka dengan segala arahan dan ketegasan dalam senyuman untuk melakukan segala kerja yang diamanahkan. Jadi di masa akan datang, kita sudah tahu cara bekerja dan ada inisiatif untuk membetulkannya di masa akan datang. Bukan untuk diri bahkan orang yang mengarahkannya nanti.

Tak kisahlah sama ada dalam soal buat tugasan kuliah mahupun program, kita diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan atau kerja dan pastinya ada due date. Kalau tugasan kuliah kita boleh lakukan dengan alasan untuk kecemerlangan akademik, kenapa pula untuk kerja dalam program kita tak boleh lakukan yang terbaik? Perkara yang sama cuma melihat kepada kepentingan. Penting untuk menggunaan teori untuk tugasan kuliah atau penting praktikal dalam melakukan kerja.

Persoalan, di masa akan datang selepas bergelar guru mana yang penting, kebijaksanaan teori semata-mata atau praktikal/pengalaman? Jawapan ada pada diri sejauh mana kita menilai kepentingan itu. Apa pun, semua orang ada cara masing-masing dalam soal tugasan kuliah dan kerja, kita tiada hak untuk mereka terikut dengan cara. Paling utama walaupun berbeza cara, hasil kerja yang diinginkan. Apa kata Raja Lawak, Nabil..LU FIKIRLAH SENDIRI. Aku tambah, JALAN SUDAH DIBERIKAN, ARAHAN SUDAH JELAS, SUDAH MENJADI MAHASISWA, TAK PERLU DIARAH2 LAGI.SO…LU FIKIRLAH SENDIRI. ALL THE BEST.

1.45pm

31.08.09

KUO

Advertisements