Salam

Sesekali menukilkan sesuatu tentang fenomena politik negara sekarang ini. Hari ni PRK Permatang Pasir sudah mendapat pemenangnya yakni PAS dan telah mengekalkan takhta PRU 12 yang lalu. Kalau diimbas semula segala kempen dari kedua-dua pihak lawan masing-masing ada cara untuk menyakinkan rakyat memilih mereka.

Permatang Pasir: Pas menang majoriti 4,551 undi

BUKIT MERTAJAM: Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, selepas calonnya, Mohd Salleh Man, 52, menang dengan majoriti 4,551 undi.  Mohd Salleh memperoleh 9,618 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi. Keputusan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, di sini pada jam 7.30 malam tadi.  Seramai 14,832 pengundi atau 73.1 peratus daripada 20,290 pemilih mengundi.  Sebanyak 83 undi rosak.

Sumber : bharian.com.my (25.08.09)

Hakikatnya PR masih lagi berkuasa dan setakat ini majoriti setiap PRK yang diadakan selepas PRU 12 lalu berpihak kepada PR sahaja walaupun pada awalnya memang takhta mereka pada PRU 12. Apa pun, kekuatan ada setiap parti politik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Bagi yang menang tunaikan tanggungjawab agar segala karenah politik tidak terus menjadi kontroversi yang akhirnya hanya sekadar bualan panas.

Bagi yang kalah perlu penambahbaikan dalam pelbagai aspek dan paling penting adalah aspek kepentingan rakyat bukan sahaja janji manis bahkan untuk mengisi ruang permintaan rakyat. Kalau tidak menang kali ini, pasti di masa mendatang akan membuahkan hasil. Usaha tangga kejayaan.

Aku mana-mana sahaja, janji segala kehendak rakyat dapat dipenuhi sejajar usaha membangunkan masyarakat dan negara khususnya. Mungkin PRU 13 nanti akan lebih hangat memandangkan PRK setakat ini berpihak sepenuhnya kepada PR. Buat yang terbaik kepada rakyat. Itu yang lebih penting.

9.11pm

25.08.09

KUO

Advertisements