Salam

Tak surut-surut lagi tentang kesihatan aku sejak kebelakangan ni. Dalam bulan ni saja, dah 3 kali aku pi Pusat Kesihatan Upsi. Pelbagai jenis penyakit datang menerpa. Penyakit dari dulu asyik-asyik nak berkepit dengan aku. Nampak macam sihat, pergi kelas, buat kerja tapi hakikatnya memang payah. Sehinggakan Doktor yang memeriksa aku pun dah tau aku asyik datang ke situ.

Dugaan banyak sangat agaknya, kerja, kelas, amanah yang diberikan mungkin memerlukan penyusunan semula “jadual”. Apa kata doktor, aku tak ada rehat. Aku tak tahulah cukup rehat ke tak. Tapi biasanya kalau malam, memang sukar tidur awal. Tidur pun dah nak subuh, pukul 4 pagi. Bukannya buat kerja pun, tapi entahlah. Perbincangan kumpulan tugasan pun aku asyik tak join, cancelkan, tunda. Tak apalah, yang penting pembelajaran still boleh diteruskan. Tugasan pun dapat dihantar walaupun saat-saat akhir dibuat.

Harap-harap minggu depan semuanya dah ok lah. Tak larat lagi dah berkepit dengan segala macam penyakit ni walaupun penyakit biasa-biasa tapi payah juga sebenarnya. Susah nak buat kerja, pergerakan pun terbatas namun diusahakan juga. Aku paling tak suka duduk diam tak buat apa, nak layan penyakit ni pun memenatkan saja. All the best jak lah. Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini. Jauhkan dari segala kelalaian kepadaMU. Ampunkan dosa-dosa hambaMU ini. AMIN…

9.43pm

25.08.09

KUO