Salam

Selesai sudah Majlis Perasmian progam aku, maaf lambat update di blog ni. Faham2lah laptop sejak kebelakangan ni “sakit-sakit”. Jadi  susah juga online sebenarnya. Buat kerja pun lagilah payah. 30hb ni majlis penutup dan majlis berbuka sekali untuk aku punya program.

Pengalaman jadi pengarah program untuk majlis perasmian akan diperbaiki lagi. Memang banyak kekalutan semasa majlis tu. Tapi takpa, itu dugaan pertama aku. Lagipun semua AJK Pelaksana kebanyakkannya pelajar Semester 1 dan pendedahan sengaja aku berikan untuk mereka teruskan perjuangan selama mana menuntut di UPSI ni. Tahniah aku ucapkan.

Walau pun pelbagai komitmen lain mereka terpaksa hadapi namun tumpuan pada program sedikit sebanyak membuahkan hasil yang diharapkan. Kesilapan kecil biasalah berlaku. Apa yang penting sebagai pengajaran untuk program mendatang. Teruskan usaha anda.

1.56pm

24.08.09

KUO

Advertisements