Salam

Boleh bayangkan tak aku tak tidur dalam tempoh tu. Tak tahulah. Sekarang masa dah menunjukkan pukul 3.37 pagi. Sesekali ada juga nak tidur untuk rehatkan diri tapi itu pun tak sampai satu jam. Tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ini aku sukar untuk tidur, kalau tidur lewat dalam pukul 2 atau 3 pagi pastinya akan terjaga matahari dah tinggi, pukul 11 pagi lebih kurang macam tu.

Adakah aku banyak kerja atau sengaja tak tidur? Itu biar aku sendiri jelah simpan semuanya. Pukul 8 pagi ni aku ada kelas, mata memang dah ngantuk. Kepala pun dah pening-pening dah. Kalau aku tidur sekarang pun, kelas esok tentulah tak dapat datang kelas. Memang akan terjaga tengharilah. Set jam HP pun, terjaga sekejap pastu matikan HP. Tidur balik. Nak letak bom juga kot rasanya baru terjaga.

Memang letih sangatlah. Nasiblah esok satu kelas je. Plan nak tidur lepas kelas tapi ada kerja pula kena selesaikan esok. Nak kena buat cepat. Kalau tak tergendalalah segala perancangan program. Aku punya program ditetapkan minggu depan selepas tertangguh akibat penularan H1N1. Berkurang sikit komitmen kerja. Draf tugasan tak buat lagi. 1 minggu lagi kena hantarlah. Erm. Pening-pening. Nak tidur ke tak ni? Sakit kepala dah. Semalam dahlah tak tidur juga sampai ke pagi. Bila masanya aku nak tidur ni?

3.45am

10.08.09

KUO

Advertisements