Salam

Masa menulis ni kira malas jugalah. Berbaring. Perut meragam lagi. Tak tahulah kenapa. Kepala pula, dari petang tadi masih nak ligat lagi menyentap urat kepala. Apakah ini semua. 2 hari lagi kuliah akan bermula selepas cuti mid sem diawalkan.

Minggu depan ada 3 program yang kena diikuti, namun atas desakan kesibukan semua program terpaksalah satu program aku cancelkan iaitu Ajk konvokesyen. Sekarang ini hanya akan menumpukan program kolej sebagai pengarah program dan lagi satu program sebagai bendahari. Tugasan kuliah yang kena hantar minggu depan semalam sudah berjaya diselesaikan. Sepatutnya masa cuti tu dah siap tapi kerana bertangguh, last minit baru nak buat. Alhamdulillah sudah siap. Buat masa ini, hanya tugasan yang memerlukan draf tapi tu pun tak buat lagi. All the best jelah.

9.24am

08.08.09

KUO