Salam
sekadar memberi info tentang dunia pendidikan sebab ada pihak yang memboikot or tidak membaca akhbar utama kerajaan ni. Tak tahulah sama ada betul-betul boikot atau memang akan membaca juga. Macamlah dalam akhbar ni semua tentang politik saja. Pandai-pandailah bah fikir. Sama juga macam kehidupan kita, tak semuanya buruk saja yang terjadi. Apa yang penting (bukan kerjasama dah) memikirkan sejauh mana baik buruk itu mempengaruhi kita. Betulkah analogi aku ni. Entahlah. Kalau salah tu, tegur-tegurlah. ok.

Sumber : http://www.utusan.com.my

Semua peperiksaan diteruskan

KUALA LUMPUR 29 Julai – Semua peperiksaan kebangsaan iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak akan ditangguhkan walaupun jangkitan influenza A (H1N1) semakin membimbangkan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, peperiksaan itu terutamanya UPSR pada September ini akan tetap diteruskan dan mungkin dilakukan di hospital jika perlu.

“Peperiksaan-peperiksaan ini berpusat, maka kita tidak boleh tukar tarikh sewenang-wenangnya. Antara pilihan yang kita ada ialah melakukan peperiksaan di hospital untuk calon yang sedang dirawat atau melakukannya di sekolah masing- masing tanpa kehadiran pelajar lain yang bukan calon peperiksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Alimuddin berkata, pihaknya akan mengadakan satu perbincangan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara mengenai kaedah terbaik menjalankan kesemua peperiksaan itu dalam masa terdekat.

Sebanyak 10 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah ditutup kurang daripada seminggu akibat penularan penyakit itu. Setakat ini, terdapat empat kematian akibat penyakit itu.

Alimuddin juga berkata, alat seperti topeng mulut dan hidung serta cecair nyahkuman akan diedar ke semua sekolah tidak lama lagi bagi mencegah penularan virus itu.

UPSR akan diadakan dari 8 hingga 10 September, PMR dari 7 hingga 9 Oktober dan SPM dari 19 November hingga 16 Disember. – BERNAMA

Advertisements