BUZZ ! YM aku dibuzz oleh seorang rakan. Semalam cerita bersamanya tergendala dek kerana aku ada kerja sikit yang perlu diselesaikan.
Berikut lebih kurang perbualan dalam Yahoo Messenger (YM) :

” Ko sibuk ke ” tanya empunya Ym yang buzz tadi
” tak juga ” Aku membalas
” Ko tau ke si Fulan pergi demontrasi di KL hari tu ” Tanya lagi empunya Ym
” Haha..tak perlu ko tanya, aku memang sudah agak dia akan pergi, aku nak pergi tapi duit tak masuk lagi. faham2lah..hehe ” Aku menjawab lagi dengan anggapan yang sudah tau siapa yang dimaksudkan.
” Tak aku sangkalah dia macam tu. Terkejut aku ” Luah empunya Ym
” Biasalah tu. Kau tak kenal pun dia kan. Aku dah lama kenal but bukan semuanyalah. Just yang berkaitan tentang ‘tu’ saja ” Balasku
” Ye ke. Kenapa mereka begitu ye ” Tanya empunya Ym lagi.
” Terpulanglah kepada mereka, masing-masing ada pendapat dan sokongan terhadap ‘tu’. Kita tak boleh paksa mereka nak ikut itu ini . Mereka ada akal dan boleh berfikir juga ” Aku menaip balasan Ym panjang lebar.
” tidak apalah. terima kasih. saja bertanya” Empunya Ym seumpama menutup perbualan dan kami berbual terus beralih ke perkara lain.

—————————————————————

Ditambahkan huraian dengan perbualan di atas sekadar makluman tambahan. Benda-benda macam ni sukar untuk kita nak fikirkan. Kawan kita mahu pun keluarga kita sendiri amat payah untuk kita bawah berbincang. Bukan menunjukkan kita ni betul apa yang kita sokong tu cuma kita ada akal untuk fikirkan sejauh mana apa yang kita lakukan tu memberi manfaat kepada kita atau memberi keburukan kepada persekitaran. Perjuangan kita mungkin kita rasakan betul, tapi perjuangan yang sebenarnnya adakah ianya dari kita.

Kita sendiri yang tentukan? Tidakkah kita memikirkan persekitaran kita, orang lain sebagaimana apa yang kita fikirkan baik untuk perjuangan kita? Mungkin memikirkan tapi adakah ianya berbaloi tanpa persetujuan atau restu dari semua pihak? Adakah kita anggap kita ini sudah membawa kebenaran hakiki yang dicanang2kan atau diimpikan? Adakah pihak lain yang kita tentang itu hanya membawa keburukan dan malapetaka kepada kita dan orang lain? Terpulang aku katakan. Ada akal fikirlah sendiri. Ilmu dipelajari tinggi2 bukan untuk disalah gunakan walau pun pada pandangan diri itu sudah betul caranya. Persepsi orang lain bagaimana pula?

Persoalan terus menjadi persoalan. Layari sahaja blog-blog politik yang pro dan anti kepada pihak tersebut. Masing-masing memberikan telahan, pendapat walau pun masing-masing sesama sendiri mempertikaikannya. Di mana sebenarnya kebenaran itu dek kerana masing-masing pertahankan pendapat dan sokongan kepada pihak tertentu? Paling aku pening, bila kesalahan diri sendiri cepat melatah, disembunyikan dan hanya menyalahkan orang lain. tapi bila kesalahan orang lain terus melabelkan orang lain itu ini tanpa merujuk sahihnya kesalahan tersebut. Aku bukan penyokong mana-mana tapi sedikit sebanyak juga menjalankan pemerhatian dan kajian untuk menghadapi semua karenah itu. Aku tidak kata pemerhatian dan kajian aku betul namun terpulang pada diri sendiri memikirkannya. Sekali diulang ada akal dan ilmu tinggi-tinggi, berfikirlah sebaik-baiknya.

10.05pm
03.08.09
KUO

Advertisements