Sekadar…..

Kehidupan ini penuh dugaan dan cabaran yang seringkali menemui kita sama ada dimasa kita senang mahu pun susah. Setiap kali dugaan mendatang ketika itulah kita rasa kelainan hidup yang sebelum ini seperti biasa sahaja. Namun sejauh mana dugaan itu datang menerpa kepada kita terpulang dengan apa yang telah kita usahakan dalam hidup ini. Kadang-kadang apa yang kita lakukan tidak menepati kehendak orang lain sedangkan kita sedaya upaya melakukan yang terbaik mahu pun melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Hasilnya amat mendukacitakan jika ianya menjadi bahan cercaan dan sindiran. Diakui memang payah untuk membuat orang lain berpuas hati dengan apa yang telah buat. Begitu juga kita  ketidakpuasan hati terhadap apa yang orang lain buat menepati kehendak kita atau sebaliknya. Tidak dinafikan manusia sukar menerima apa kita seadanya dan hanya menurut apa yang dia rasakan betul baginya.

Tidak kisahlah dalam apa jua situasi sama ada soal bekerja, belajar, bercinta dan sebagainya, hal sebegini pasti akan berlaku. Persepsi orang terhadap kita seumpamanya hanya melihat luaran kita sahaja sama aspek sikap, tanggungjawab, kepimpinan dan mungkin juga kasih sayang diselitkan bersama untuk difikirkan. Apabila kita berkata-kata sedemikian atau melaksanakan tugasan yang tidak menepati pasti akan ada pelbagai persepsi yang agak kurang baik diterima. Namun inilah dugaan yang terpaksa dihadapi baik dapat diterima yakni ditelan sepahitnya atau menerima dengan hati terbuka atau menangkis serangan kata-kata. Terpulang sejauh mana apa yang telah kita lakukan dan persepsi yang dilontarkan. Hakikatnya kita kena persiapkan diri dan tanggungjawab hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. All the best..

9.02pm

02.08.09

KUO