Salam

Terkedu? Entahlah. Saat ini masih lagi berada di kolej dan sedia maklum bahawa UPSI di tutup akibat penularan penyakit H1N1 yang telah menyebabkan hampir penghuni kolej ini balik ke negeri masing-masing. Ada pun yang berbaki tinggal cuma pelajar yang berasal dari negeri Sabah dan Sarawak. Itu pun beberapa sekelumit sahaja. Bagi aku duduk di kolej ini sekurang-kurangnya telah membantu pihak pentadbiran kolej menguruskan makan minum dan kesihatan pelajar kolej yang dikuarantin. Namun, dugaan sebagai exco kolej ketika ini lebih-lebih lagi berdepan risiko terkena jangkitan dek menguruskan makanan ke ruangan pelajar ini ditempatkan cuba untuk ditepis. Apa yang paling utama, kesihatan pelajar dikuarantin akan terus dijaga dan semoga akan cepat sembuh.

Tiada tugasan study yang perlu dipercepatkan cuma ada beberapa tugasan yang memerlukan draf tugasan perlu dipersiapkan. Kebanyakan masa lebih kepada melayari dunia alam maya yakni cerita-cerita sana sini, blog politik dan seangkatan dengannya. Waktu pagi , tengahari dan malam sahaja diluangkan kepada pelajar yang dikuarantin dan arahan dari semasa ke semasa dari pihak kolej sentiasa ‘stanby’ untuk menerima arahan. Bercerita tentang dunia politik, kadangkala memenatkan kepala untuk memikirkannya. Namun, ada juga yang seronoknya yakni dapat mengetahui pergolakan yang melanda tatkala sejauh mana pergolakan itu berlaku dan penyelesaiannya. Tetapi, ‘tang’ tu juga. Tak kemana. Sudah namanya politik, begitulah seadanya. Kita yang berfikiran waras dan ada akal yang rasanya boleh diterjemah kepada fungsi yang sempurna dalam memikirkan pergolakan-pergolakan yang sedang melanda negara kini.

Perhatikan sahaja semalam (1.08.09) di KL, suasana demontrasi agak keterlaluan diperkatakan tetapi malas lagi menilainya. Sana sini orang ramai memperkatakan itu ini. Hakikatnya perkara sama sahaja yakni mesej yang disampaikan iaitu minta puji atau minta perhatian. Ada akal ada kepala otak, fikirlah. Terniat sebenarnya untuk ke KL tarikh itu ( seseorang juga telah ‘forward’ mesej by YM untuk bersama-sama menyokong demo tersebut, aku cuma ‘reply’ balik,,itu bukan cara perjuangan aku..ceh..) namun kerana masalah ‘duit tu’ tak masuk lagi, dibiarkan sahaja niat tergendala sedangkan selama ini sudah acapkali ingin menyaksikan (diulang, MENYAKSIKAN) gelagat-gelagat para pendemo lari lintang pukang, entah apa nama lagi digelar untuk gelagat-gelagat ini. Mungkin semua masih ingat demontrasi BERSIH dulu yang diarahkan memakai baju kuning, tak silap dalam tahun 2007, masa itu aku berada di Sarawak (kerja) dan ingin juga pergi ke KL untuk menyaksikan (diulang, MENYAKSIKAN) namun pada malam tu ada pula jemputan majlis perasmian dan makan malam.

Paling tidak aku lupakan, seorang kenalan dari jabatan (lupa dah jabatan mana) dalam majlis itu bertanyakan aku, ” kitak dari sine tok? dari KL ka?, make baju kuning jak(BM Sarawak).” Sambil tersenyum aku menjawab, ” kenak, neh tau kamek dari ya…hahaha” Kami gelak bersama. Aku tahu maksudnya untuk bergurau senda. Malam tu aku pakai baju batik kuning. Sekadar memperli pihak yang membuat demo pada hari tersebut tetapi bukan menyokong (diulang, BUKAN MENYOKONG). What everlah. Mungkin berkesempatan lagi untuk menyaksikan (diulang MENYAKSIKAN BUKAN JOIN, BEZA TU) gelagat-gelagat ini masa akan datang. Hope tiada lagilah. Senang cerita. Apa yang penting bukan setakat kerjasama untuk memajukan negara bahkan menjaga kepentingan awam khususnya rakyat dari dipermainkan oleh golongan yang berkepentingan sendiri. All the best.

2.17pm

2.08.09

KUO