HARAP MAAF
PROGRAM INI DITANGGUHKAN DAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI SEMASA KE SEMASA AKIBAT KUARANTIN H1N1
PROGRAM JELAJAH PATRIOTISME
1 – 30 OGOS 2009
AKTIVITI/PERTANDINGAN SERTA SYARAT DAN PERATURAN
PENULISAN KREATIF – SAJAK
Syarat dan peraturan :
- Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
- Karya hendaklah asli, bukan ciplak atau edit karya orang lain
- Bertemakan kemerdekaan atau pendidikan
- Karya dinilai berdasarkan keaslian dan kreatif olahan penulisan
- Gunakan tulisan Arial saiz 11, berselang 1.5 dan helaian penulisan 1 muka surat
- Karya yang terpilih akan dimuatkan dalam Buletin Exco Integrasi dan Perpaduan, Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan atau Majalah Kolej KUO
- Karya dihantar dalam 2 bentuk iaitu soft copy dan hard copy. Borang pertandingan hendaklah dilampirkan bersama hard copy, manakala soft copy hendaklah di emelkan ke alamat : akubah07@yahoo.com.my
PENULISAN KREATIF – CERPEN
Syarat dan peraturan :
- Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
- Karya hendaklah asli, bukan ciplak atau edit karya orang lain
- Bertemakan kemerdekaan atau pendidikan
- Karya dinilai berdasarkan keaslian, persembahan tema dan kreatif olahan penulisan
- Kemahiran insaniah perlu diterapkan dalam penulisan
- Gunakan tulisan Arial saiz 11, berselang 1.5 dan helaian penulisan maksimum 10 muka surat
- Karya yang terpilih akan dimuatkan dalam Buletin Exco Integrasi dan Perpaduan, Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan atau Majalah Kolej KUO
- Karya dihantar dalam 2 bentuk iaitu soft copy dan hard copy. Borang pertandingan hendaklah dilampirkan bersama hard copy, manakala soft copy hendaklah di emelkan ke alamat : akubah07@yahoo.com.my
RUMAH PATRIOTIK
Syarat dan peraturan :
- Terbuka kepada semua rumah penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
- Pertandingan dinilai berdasarkan berapa banyak bendera yang dikibarkan sama ada di luar rumah dan dalam rumah (saiz bendera tidak ditetapkan), kekemasan dan kebersihan rumah
- Semua ahli rumah pemenang akan berpeluang mendapat hadiah yang ditawarkan
DEKLAMASI SAJAK
Syarat dan peraturan :
- Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
- Karya yang dibacakan hendaklah karya asli tokoh sastera atau karya dari penulis berkaliber
- Karya dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti persembahan sajak dan tema yang disampaikan
- Salinan skrip sajak hendaklah diberikan kepada juri
- Tidak dibenarkan melihat skrip ketika mendeklamasikan sajak
- Pemenang akan berpeluang untuk membuat persembahan Deklamasi Sajak di Majlis Penutup
EXPLORACE MERDEKA
Syarat dan peraturan :
- Terbuka kepada semua rumah penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
- Setiap ahli kumpulan terdiri daripada 6 orang (lelaki dan perempuan dibenarkan satu kumpulan tetapi dimestikan menjaga adab pergaulan)
- Lokasi bermula dari Kolej KUO ke Kampus (kawasan khusus akan dimaklumkan kemudian) dan kembali semula ke Kolej KUO
- Kenderaan sendiri dibenarkan tetapi hendaklah bergerak di dalam satu kumpulan
- Pemenang dinilai berdasarkan :
- Kerjasama ahli kumpulan
- Ketepatan jawapan/tugasan setiap checkpoint
- Masa terpantas menyelesaikan keseluruhan checkpoint
- Aspek disiplin dan adab pergaulan diutamakan
BLOG KEMERDEKAAN DAN PENDIDIKAN
Syarat dan Peraturan :
- Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
- Blog hendaklah asli, bukan ciplak atau edit blog sendiri mahupun orang lain
- Hanya menggunakan perkhidmatan blog percuma yang disediakan dalam internet iaitu Blogspot (http://www.blogger.com), WordPress (wordpress.com) dan lain-lain.
- Bertemakan kemerdekaan dan pendidikan
- Blog dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti dan inovasi blog, persembahan tema dan isi kandungan blog. Jenis isi kandungan blog terpulang kepada anda dan semestinya menepati kehendak tema
TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG * :
- Penulisan Kreatif (Sajak dan Cerpen) = 25 Ogos 2009
- Deklamasi Sajak = 5 Ogos 2009
- Blog Kemerdekaan dan Pendidikan = 25 Ogos 2009
- Explorace Merdeka = 5 Ogos 2009
- Rumah Patriotik = 25 Ogos 2009
TARIKH PERTANDINGAN * :
- Deklamasi Sajak = 7 Ogos 2009
- Explorace Merdeka = 9 Ogos 2009
*Semua tarikh berikut tertakluk kepada perubahan
BORANG PERTANDINGAN BOLEH DIPEROLEHI DAN DIHANTAR :
1. PEJABAT KOLEJ KUO
2. BILIK JMK KUO
Advertisements
27 Julai 2009 at 11:07 PM
salam…wah
kmk mo masuk pertandingan blog kemerdekaan la…ambik borang kt pejabat nak…beres2x ehhehe
28 Julai 2009 at 1:54 AM
esok memo nait…ok..