Salam.

Tika ini jam sudah menunjukkan 12.12 am bertarikh 26 Julai 2009. Baru berlalu sehari diusia ini. Pengisiannya ada yang duka dan ada yang suka. Tetapi empunya diri sudah terbiasa dengan kehidupan seperti itu baik bukan hari semalam (25.07.09) mahupun hari biasanya. Apa pun semoga diri terus berjuang di bumi Allah ini untuk menjadi insan yang didambakan selama ini walaupun dugaan terus menerus menerpa. Empunya diri hanya mampu terus berusaha dan terus berusaha.

Semalam juga mesyuarat kedua program pertama aku dalam kepimpinan organisasi yang diterajui bersama sedikit sebanyak mengisi ruangan hari bahagia itu. Sikap dan tanggungjawab yang diberikan oleh ajk pelaksana program membuatkan empunya diri suka dan gembira dengan perkembangan tugas yang diamanahkan. Tahniah diucapkan. Semoga perjalanan program yang ditetapkan 1 ogos ini dapat mampu lakukan yang terbaik. Empunya diri yakin dengan ajk pelaksana yang diamanahkan.  Kreativiti dan idea yang dicurahkan amat bermakna sekali untuk dilaksanakan. Pastinya kita bersama mengharapkan sesuatu yang kita boleh banggakan hasil usaha kita sendiri. Tahniah sekali lagi. All the best.

aku bah

12.15am

26.07.09

KOU

Advertisements