ARKIB : 18/07/2009

sumber : utusan.com.my

<!–         –>

IPT digalak hasilkan buku dalam bahasa Melayu

SHAH ALAM 17 Julai – Kerajaan sentiasa menggalakkan para peneraju institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menghasilkan buku berbahasa Melayu bagi memartabatkannya sebagai bahasa ilmu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, naib-naib canselor, timbalan naib canselor dan dekan-dekan wajar berbuat demikian supaya menjadi teladan kepada pensyarah muda untuk berkarya dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata, mereka juga boleh menghasilkan tulisan separa ilmiah mengenai masalah kehidupan manusia dan cara-cara untuk menyelesaikannya selain tulisan berbentuk ilmiah.

“Pemimpin politik, kerajaan dan masyarakat biasa sangat dahagakan buku dalam bahasa Melayu hasil tulisan ilmuwan tempatan yang dapat memberikan formula bagi mengatasi setiap permasalahan.

“Kita berhadapan masalah kita sendiri, tentu lebih baik kalau ada tulisan dalam bahasa Melayu dan ditulis oleh orang tempatan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan MPH Mutiara Minda dan melancarkan buku Bisik Warna karya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, di sini semalam.

Saifuddin juga meminta pengurusan universiti menambah bahan bacaan terkini dalam bahasa Melayu di perpustakaan masing-masing termasuk buku yang ditulis oleh ilmuwan tempatan.

Katanya, syarikat-syarikat swasta yang terbabit dalam penjualan, pengedaran dan penerbitan buku juga perlu membantu kerajaan mempromosikan buku bahasa Melayu.

“Jika semua ini dapat dijayakan, usaha untuk memartabatkan buku-buku berbahasa Melayu di kalangan rakyat pasti akan tercapai,” jelasnya.

Dalam pada itu, Saifuddin memberitahu, kementeriannya akan bekerjasama dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menganjurkan jelajah bersama A. Samad Said di universiti seluruh negara.

Beliau berkata, langkah tersebut bertujuan memperkenalkan buku Bisik Warna yang disifatkan amat tepat dengan proses perkembangan mahasiswa.

Buku Bisik Warna setebal 108 halaman itu diterbitkan bersama oleh ITNM dan Wira Bukit Sdn. Bhd.

Ia memuatkan lukisan A. Samad Said yang diselang-seli dengan kata-kata hikma

——————————————————————————————-

Ulasan aku bah :

memang patut rasanya buku-buku dlm BM, sejajar dengan pemansuhan PPSMI. apa yg penting adalah memartabatkan bahasa sendiri sehingga ke peringkat antarabangsa, apa salahnya klu BM menjadi bahasa utama dunia. kita ni je nak kan BI menguasai bahasa sndiri. BI bleh tp ikut keadaan la…all the best.