Salam

Mendapat undangan dengan beberapa rakan jmk daripada pihak RTM seperti yang disampaikan oleh ketua jmk kolej untuk menjadi peserta atau pun lebih kurang dipanggil penonton di studio untuk rancangan Bicara Siswa pada malam ini. apa yang menarik perhatian adalah tajuk yang bakal dibicarakan berkenaan dengan isu terbaru yang hangat2 sejak dari dulu yakni tentang PPSMI.

sebelum ini memang selalu menonton rancangan ini walau pun duk berteleku di rumah semasa cuti semester baru-baru ini dengan pelbagai isu siswa yang sering berlegar-legar untuk diperbincangkan baik penyelesaian isu mahu pun penjelasan. mungkin satu penghormatan untuk sama-sama memeriahkan rancangan bual bicara itu malam ini. apa pun bersama-samalah kita untuk menyaksikannya. all the best

5.03pm

12.07.09

KUO