Salam

Tatkala baru pulang menemankan kawan pergi makan di luar, sekelumit ilham untuk dicoretkan di sini. Mungkin ilham ini telah lama disanubari dan telah pun dibincangkan bersama dengan seseorang seketika dulu. Namun tiada keupayaan dan tertangguh sedangkan acapkali untuk memulakannya sejak dulu. Kali ini ilham dimanipulasikan semula jauh dari perbincangan asal yakni pengakhiran ilham kelak. Ilham ini adalah nukilan terbaru yakni cerpen. Walau pun tidak sepakar penulis cerpen yang terkenal dan bijak dalam erti kata penulisan cerita yang berkesan namun diusahakan sedaya mungkin.

” Kasihku Alia” tajuk cerpen mendatang akan diusulkan dalam blog ini. Watak dan perwatakan sudah diketemukan dan mungkin akan berubah kemuncak penceritaannya nanti. Bukan bersandarkan apa sebenarnya situasi yang berlaku namun akan cuba diadaptasikan untuk penulis ini mengenangnya. Diambang keresahan soal hati berlegar-legar mencari ketenangan bahkan mencari di mana kekhilafan diri untuk diterjemahkan kepada hasrat sebenar tiada lagi pencapaian tika ini. Bukan untuk menilai siapa diri saat ini dan siapa sahaja cuma sebagai pencari damai untuk keresahan hati. Nantikan usul bakal cerpen mendatang ini.

aku bah

1.08am (8.7.09)

KUO

Advertisements