Salam.

Masuk bulan Julai ni teringat pula usia semakin dewasa. Dewasa ke? bkn remaja lagi. Bukan nak promosi birthday cuma nak kongsi serba sedikit siapa info tentang diri seseorang yang dilahirkan bulan JULAI. Banyak juga yang bersamaan hasil penilaian diusia semakin melonjak ni tapi info  ni macam yang POSITIF sahaja. Bukan nak membangga diri ke atau nak tunjuk baik but sekadar pengetahuan. Memang ada buruknya juga. Info ini diperolehi dari web kawan.Tak tahu mana dia dapat. Apa pun…layan…zassss.

JULAI

Sangat senang apabila didampingi.
Banyak berahasia dan sukar dimengerti, terutama lelaki.
Agak pendiam kecuali diransang.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila mahu disusahkan.
Mudah dipujuk.
Sangat menjaga hati/perasaan orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang mendendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Membimbing secara fisik dan mental.
Sangat peka, pengasih serta penyayang.
Melayani semua orang dengan sama.
Daya simpati yang tinggi.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain.
Mudah dan rajin belajar.
Suka mengenang peristiwa atau kawan lama.
Suka berdiam diri.
Suka duduk/diam di rumah.
Suka menunggu kawan tapi tidak mencari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesehatan perut.
Mudah gemuk apabila tidak mengawal makanan melalui diet.
Minta disayangi.
Rajin dalam bekerja.