Assalamualaikum

Coretan pertama sejak kembali semula ke Perak. Tidak sempat untuk menukilkan sesuatu dek kerana kesibukan dengan kem kepimpinan baru-baru ini di Pulau Pangkor dan beberapa hari lagi program Bakti Siswa ke Lumut pula. Mungkin ada intipati kem yang disertai dan sekurang-kurangnya akan cuba diaplikasikan walau pun sudah banyak kali menyertai beberapa kem yang sama sebelum ini. Cuma konsep kem sahaja yang berbeza. Pengisian dan kemahiran yang cuba dicungkil dalam kem ini lebih kurang sama yakni untuk kepimpinan, kemahiran insaniah dan keyakinan diri.

Demi bersama-sama menerajui satu kelompok kepimpinan bukan mudah untuk dilaksanakan bahkan segala halangan akan sentiasa wujud untuk dipertimbangkan. Baik dapat dilepasi atau pun akan terkubur begitu sahaja segala perancangan. Apa pun, paling penting adalah kerjasama dan sifat tanggungjawab setiap barisan peneraju yang merasakan kepimpinan pasti dilaksanakan sebaik mungkin. Bagi empunya diri, inilah kali pertama mempelbagaikan fungsi diri sebagai seorang mahasiswa untuk melibatkan diri dalam aspek kepimpinan dalam satu organisasi besar. Segala pengalaman dan kematangan hidup akan cuba diterjemahkan ke arah yang lebih dinamik dan mencapai erti kepimpinan yang sebenar. Bersamalah kita berusaha ke kepimpinan yang cemerlang.

Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di Universiti, mungkin harapan dan impian mereka sudah tercapai sekurang-kurangnya menjejakkan kaki ke menara gading. Untuk adik saya, tahniah diucapkan kerana berjaya ke Universiti Malaya. Walau pun tidak berjaya ke Universiti tempat saya belajar ini dek kerana tidak melepasi Ujian Medsi namun Universiti lain lebih memerlukan. Segala rungutan sudah terkubur dan kini sudah nyata akan menjadi mahasiswi. all the best. Semoga menjadikan gelanggang institusi tertinggi ini sebagai platform kemantapan diri dan pencarian ilmu yang bermanfaat. Nasihat saya kepada semua pelajar baru, jaga akhlak dan diri, mantapkan kekuatan jiwa, jauhi anasir-anasir dan pengaruh tidak baik, belajar bersungguh-sungguh. All the best.

aku bah

9.09am

(27.06.09) KUO