Cinta Pantai Merdeka

by Tropika


Telah bertahun lama

Tenggelam arus masa

Didalam ingatanku

Masih segar terasa

Terkadang aku sama

Mengancur bunga cinta

Keadaan aku memaksa

Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya

Kan kucoretkan untukmu

Sebagai kenangan kita

Kan ku buktikan untukmu

Akan aku buktikan

Kuukir namamu

Di awang Gunung Jerai

Disaksikan laut daun nyiur melambai

Jauh pandangan permai

Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa

Cinta kita terurai

Nun Jambatan Pulau Pinang

Sawah padi sejauh mata memandang

Bait lirik lagu ini telah mencetuskan aku untuk pergi ke Negeri yang dimaksudkan di dalam lagu ini. Sebelum aku menjejakkan kaki ke Semenanjung Malaysia ini, aku telah berkeinginan untuk ke negeri ini terutamanya Pantai Merdeka. Semasa zaman kerja di Sabah mahu pun di Sarawak sebelum datang Ke Perak ini, belum pernah lagi pergi ke sana.

Negeri Kedah atau lebih dikenali kawasan utara Semenanjung Malaysia bersama Perlis dan juga Pulau Pinang. Akhirnya pertengahan Jun 2009 aku telah sampai ke kawasan utara namun bukan Kedah tapi Pulau Pinang. Hanya perjalanan menaiki bas balik ke KL melalui sedikit kawasan Kedah. Sukar untuk digambarkan akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke kawasan utara yang mempunya loghat bahasa yang aku suka bunyinya. Mungkin agak lucu orang perkatakan aku suka loghat utara ni. Ronda-ronda seluruh Pulau Pinang, terdengar perbualan bahasa utara memang seronok mendengarnya. Jika sebelum ini hanya mendengar loghat yang biasa-biasa sahaja namun datang ke Pulau Pinang, sana sini loghat utara ini dibualkan. Macam orang Pulau Pinanglah pula. Haha..sat gi na. Cewah..dah speaking utagha da.

Pi Kedaj bila lagi ye? Mungkin tak lama lagi. Aku teringin nak pi Pantai Merdeka, bukan menjejak kerana cinta tetapi lirik lagu yang menceritakan begitu indah sekali. Kedah, sat gi cheq nak pi na..tunggu sat gi chek datang tang mana yang best …..

Aku bah

11.16am

27.06.09 KUO