Assalamualaikum…

Mungkin semua sudah maklum dengan isu terkini tentang dunia pendidikan di Malaysia berkenaan dengan cadangan mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) diwajibkan lulus untuk mendapatkan sijil SPM. Kalau dahulu, Bahasa Melayu sahaja yang diwajibkan sudah memberikan kelegaan kepada pelajar untuk mendapatkan sijil walau pun kadang kala ada juga pelajar yang terkandas untuk mendapatkan sijil spm akibat Bahasa Melayu tidak lulus. Maklum bahawa isu PPSMI tidak lagi selesai sejauh mana untuk diteruskan atau sebaliknya, timbul lagi isu tentang Bahasa Inggeris ini.

Menurut Menteri Pelajaran isu ini masih dalam cadangan dan meminta semua pihak memberi maklum balas dengan isu ini. Tindakan meminta maklum balas ini memang amat perlu dan diketengahkan untuk mengetahui sejauh mana cadangan apa-apa isu diterima sepenuhnya oleh semua pihak. Hal ini untuk mengelakkan kesan jangka masa panjang yang akan menyebabkan kerugian masa, tenaga dan wang rakyat. Lihat sahaja isu PPSMI yang tiada lagi jalan penyelesaian walau pun sudah dibentangkan semula dalam kabinet namun telah disemak semula lagi.

Pelbagai pihak terutamanya pihak yang mempertahankan bahasa Melayu terus menerus membantah PPSMI ini dan isu ini terus dijadikan isu politik sehinggakan menjadi ‘point’ untuk menarik sokongan rakyat. Tidak kiralah nak buat apa pun, yang penting pertahankan bahasa ibunda paling utama. Tidak perlulah aku cakap lagi sebab apa mereka membantah. Kini isu berkenaan dengan bahasa inggeris dibangkitkan tetapi lain perlaksanaan. Bagi aku sendiri memang sesuailah bahasa inggeris itu sendiri yang perlu ‘upgrade’ berbanding mata pelajaran lain. Permasalahan pelajar adalah menguasai Bahasa inggeris, bukan masalah menguasai sains dan matematik. Jadi yang perlu dipertingkatkan lagi penguasaannya adalah mata pelajaran yang bermasalah tersebut yakni bahasa inggeris. Cadangan ini sesuai untuk dilaksanakan bagi mengembalikan semula penguasaan kepada bahasa inggeris. Manakala PPSMI perlu dihapuskan untuk digantikan dengan cadangan terbaru ini.

Tetapi kita tidak tahu adakah agenda disebalik cadangan baru ini? Adakah cadangan ini membuat kita leka kepada bantahan PPSMI? Mungkin ada udang di sebalik mee? Tetapi apa? Bersamalah fikirkan. Apa pun fikirkan positif dalam apa jua cadangan, jangan melenting , jangan terus membantah tanpa ada pengetahuan sebenar tentang sesuatu yang dicadangkan, jangan terus dipolitikkan, kalau sesuai untuk dipolitikkan pasti ada masanya nanti, bagi rakyat dulu fahami cadangan dan memberikan maklum balas, jangan pengaruhi atau sebarkan anasir yang membuatkan rakyat sentiasa membantah dalam apa jua cadangan dan keputusan kerajaan, bagi peluang untuk menerangkan secara terperinci, pasti semua akan fahama dengan sesuatu cadangan dan keputusan.

Bahasa inggeris di peringkat SPM ini bukan sahaja penting untuk lulus jika dilaksanakan, malah penting untuk penguasaan terus menerus di peringkat tingkatan 6, matrikulasi atau diploma untuk MUET dan juga sebagai bahasa pengantar serta pengajaran. Selain itu, apabila ke peringkat ijazah lagi akan lebih mencabar. Diakui memang bahasa inggeris penting di mana-mana sahaja, bagi aku sendiri sudah insaf seketika (seketika sahaja) untuk menguasai bahasa inggeris ini. Lain lagi untuk mengambil mata pelajaran tentang bahasa inggeris untuk dua semester akibat syarat MUET kena band 4 dan syarat juga untuk graduan nanti. Belum lagi untuk tugasan, kuliah dan pembentangan yang kadang kala memerlukan bahasa inggeris ini diwajibkan. Apa akan jadi jika tiada penguasaan walau pun sekadar asas bahasa inggeris? Fikir sendirilah.

Pernah satu hari dalam tahun 2008, aku dengan 2 orang kawan pergi ke KL, jalan-jalan untuk lepaskan tension belajar konon masa tu. Masa nak balik ke Tanjung Malim, ada masalah pertindihan tiket dan tempat duduk kami sudah ada orang yang duduk. Mungkin kami terlewat atau tiket memang sudah bertindih. Lantas aku pergi ke tempat orang yang ambil alih tempat duduk kami. Dari jauh sudah kedengaran mereka anak beranak ‘speaking’. Konduktor bas pun aku dengar mereka speaking, aku sudah gugup nak bertanya. Tidak semena-mena aku TERspeaking kepada mereka. Aku bertanyalah dalam speaking tu kenapa duduk tempat kami, dari mana nak ke mana, berapa orang, bercakap bukti tempat duduk tu mereka punya dan ucapan terima kasih. Tapi in Bahasa Inggerislah. Aku malas nak tulis dalam bahasa inggeris dah sebab aku pun tak tahu apa aku cakap masa tu. Entah grammar tu betul ke tak. Tapi yang aku tahu, orang tu faham apa aku cakap, ada respon. Entah apa-apa.

Sehinggakan 2 orang kawan aku di belakang aku masa tu, perli aku ni orang putih. Speaking konon. Bunyi dah sss…wssww…mmm…entah apa lagi kawan tu cakap. Tapi aku nak ulang semula, memang tak tahu lagi dah. SPONTAN. TERSPEAKING. Walau pun sebelum ini pernah seaking apabila pelancong tanya arah or tempat, masa kerja. Tak pastilah grammar or ayat aku betul. Kalau secara teratur or bercakap secara rasmi memang gagap, lambat untuk keluarkan ayat-ayat mengancam ni..(bahasa inggeris dah). Public speaking pun suruh hafal tajuk sendiri memamg aku tak suka, masa bentang tu entah apa benda aku cakap.Pengalaman selama aku belajar di Universiti terspeaking walau pun masa tu memang ambil subjek bahasa inggeris. Result pun memang luluslah. Puas hatilah. Bukan senang dapat.

So, pengajarannya (ceh speaking la plak)….belajarlah bahasa inggeris untuk menguasainya dalam pembelajaran dan keadaan bukan untuk mengagungkan sehingga bahasa sendiri diabaikan. Untuk isu baru ini, laksanakan tapi PPSMI mansuhkan. Bagi aku lah, pendapat aku bah walau pun tak kukuh. Terpulang kepada yang lain. Paling penting jangan dipolitikkanlah. Faham-fahamlah siapa yang bagi cadangan, tentu si pembangkang akan bantah. What everlah….hahahahaha

Aku bah
8.58am (11.06.09)