Assalamualaikum

Sudah lama tidak menjengah ruangan politik, apa khabar sebenarnya politik walau pun sentiasa mengikuti perkembangan melalui media pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Sekadar pemerhatian dan pendapat sendiri…

Setiap yang baik itu pasti ada cacat celanya. Begitu jugalah kebenaran itu pasti ada kepalsuan yang akan mengotorinya. Apa sahaja dilakukan akan ada sahaja kontra yang seiring bersama bahkan amat sukar untuk dihindari kontra yang negatif itu. Apabila mengharapkan sesuatu yang baik atau positif, ada sahaja gangguan sesuatu yang buruk dan negatif. Kalau dapat ditangani gangguan tersebut maka harapan kepada yang baik atau positif itu akan tercapai. Kalau sebaliknya amat payah untuk diterjemahkan ke jalan yang dikehendaki yakni sukar mencari jalan atau keputusan antara positif dan negatif.

Pastinya kontra ini sentiasa berlegar-legar dalam kehidupan seharian. Peringkat tertinggi hinggalah peringkat terkebawah sekali kontra ini mempengaruhi. Alkisahnya lumrah dalam kehidupan ada sifat baik dan sifat buruk. Sejauh mana dapat mengatasi keburukan itu, setakat itulah kebaikan masih berada dipuncak kemenangan dan kehidupan sentiasa terbaik dan dimanfaatkan ke arah mengharapkan rahmat kehidupan di akhirat kelak. Namun, keburukan tidak akan leka disisihkan bahkan berusaha menguasai kebaikan ke tahap yang minimum sekali dan mengkehendaki kebaikan tewas. Jika keburukan itu berada di atas, kehidupan tiada lagi nilai atau norma positif dan sentiasa ke arah kejahatan. Jika kehidupan itu tabah dan sabar dengan kemenangan keburukan dan terus berusaha membaiki kehidupan pastinya kebaikan akan dapat mengatasi semula keburukan yang merosakkan kehidupan.

Berbicara tentang kebenaran dan kepalsuan, tidak lain merujuk kepada persekitaran kini yang sering menjengah mata, hinggap ditelinga untuk diperdengarkan, terukir di bibir untuk dikeletahkan dan tertaakul di akal untuk diadaptasikan kepada kebenaran atau kepalsuan. Perhatikan sahaj sekeliling kita, ada sahaja isu atau cerita yang diperdengarkan malahan semakin hangat lagi dibicarakan, dibahaskan dan tidak pasti sama ada untuk dicari jalan penyelesaian atau sekadar berpusing-pusing menjengah kehidupan. Aspek politik, ekonomi dan sosial terutamanya sering diketengahkan pelbagai isu mengenainya. Pihak sana mengatakan ini, pihak sini mengatakan itu kepada satu isu dan di mana sebenarnya yang memberikan penyataan yang benar mahu pun yang palsu.

Aspek politik sering kali memeningkan kepala untuk difikirkan. Aku sekadar menghuraikan secara umum mengiku pemerhatian aku sendiri, aku tidak kata aku betul cuma daripada perlakuan sekeliling, pro dan kontra isu dan maklumat alam maya. Ini tidak lagi secara detail, sekadar pemerhatian biasa untuk dicoretkan di sini.

Ada sahaja isu-isu yang hangat melibatkan sesuatu pihak. Apabila kebenaran terserlah, kepalsuan akan menjengah untuk mengaburi kebenaran. Masyarakat umumnya di sana sini tidak lekang memperkatakan isu-isu politik ini. Sama ada melibatkan sokongan kepada satu pihak atau bantahan kepada pihak berkenaan. Maka wujudnya penyokong dan pembangkang dalam kalangan masyarakat yang masing-masing menegakkan kebenaran sokongan dan bangkangan kepada sistem politik negara. Mungkin amat jarang sesebuah negara yang sistem politiknya tidak wujud pembangkang. Memang akan sentiasa wujud pastinya. Bagi negara kita, kerajaan dan pihak pembangkang. Sendiri mau ingatlah siapa kerajaan dan siapa pihak pembangkang.

Berbalik kepada masyarakat yang masing-masing penyokong kepada kerajaan mahu pun pembangkang akan sentiasa memastikan isu yang berlegar-legar akan mereka pertahankan sama ada ianya benar atau palsu. Hal inilah yang menjadi kesukaran antara penyokong kerajaan dan juga penyokong pihak pembangkang. Apabila satu-satu isu hangat diperkatakan, maka masing-masing ada pendapat dan konklusi sendiri. Persoalannya kebenaran atau kepalsuan akan wujud atau tidak? Memang akan wujud dan sentiasa wujud jika ada yang menyokong dan yang membangkang. Amat sukar untuk mencari kebenaran kerana kepalsuan juga dipertahankan. Permasalahannya siapa yang mempertahankan kepalsuan itu? Adakah mereka mempertahankan atas dasar sokongan, sekadar imbuhan atau tidak tahu kepalsuan itu palsu atau tidak? Tatkala isu lama masih berlegar, ada sahaja isu baru wujud. Dikatakan oleh sesetengah orang, memang politik macam itu. Semuanya penipu. Tidak telus dan bertanggungjawab. Hanya mementingkan politik sendiri. Ini pendapat sesetengah orang, bagaimana pula pendapat orang yang melibatkan diri dalam politik sama ada secara langsung atau sekadar pemerhati? Memang berbeza iaitu luaran hanya mengatakan luaran sahaja, dalaman akan mengatakan dalaman lebih utama dari luaran. Harap faham dengan analogi ini.

Contohnya, sesuatua isu apabila dihakimi atau dicari jalan penyelesaian mengikut undang-undang yang sering dibahaskan oleh kerajaan dengan pihak pembangkang akan menemui jawapan yang pastinya memihak kepada salah satunya. Persoalannya, sejauh mana jawapan yang memihak kepada pihak tertentu akan diterima secara terbuka oleh pihak yang kalah? Adakah diterima? Atau jawapan itu dipersoalkan? Jika kerajaan yang yang menang, pihak pembangkang akan mengatakan sistem kehakiman negara dinaungi oleh kerajaan atau dipengaruhi kerajaan. Tetapi jika pihak pembangkang menang, mereka akan mengatakan sistem kehakiman negara adil dan saksama. Kerajaan pula akan menerima dengan terbuka dan berusaha untuk mempersoalkan semula jawapan yakni sistem kehakiman telah melakukan tugasnya. Sebaliknya pihak pembangkang akan mengatakan kenyataan bercanggah jika mereka tidak menang. Apabila isu dihakimi peringkat lebih tinggi lagi dan kerajaan menang, sekali lagi pihak pembangkang mengatakan sistem kehakiman negara dan keputusannya dirancang oleh pihak kerajaan. Apa ke halnya sebegini? Jika memihak mereka, mereka akan terima tapi jika memihak orang lain mereka akan membantah. Adakah kebenaran atau kepalsuan itu wujud dalam sistem kehakiman atau pihak pembangkang atau kerajaan?

Natijahnya, segala persoalan ini terus menjadi persoalan. Apa yang menjadi lucunya, seolah-olah pihak pembangkang ini sentiasa benar. Para penyokongnya pula sentiasa menyokong sedangkan kepalsuan itu timbul. Jelas-jelas timbul dan mempertahankan dek kerana semangat kepartian. Mereka ini betul sangat ke? Apabila kerajaan memperkatakan sesuatu untuk kebaikan rakyat, diperlekehkan. Apabila kerajaan tidak buat kebaikan pula, dikatakan mengambil hak rakyat, menipu duit rakyat. Macam-macam ada. Sudah namanya pihak pembangkang, pasti akan membangkang segala apa yang kerajaan buat. What everlah. Terpulanglah siapa benar, siapa palsu. Akhirat kelak dituntut segalanya. Ok. Ini melibatkan pelaku politik.

Bagaimana pula pula penyokong kedua-dua pihak ini? Blog atau coretan dalam alam maya seperti ini akan menjadi perhatian. Blog pro-kerajaan dan blog pro-pembangkang akan sentiasa berbahas secara alam maya, masing-masing mempertahankan pendapat sendiri. Adakah pendapat mereka ini kebenaran atau kepalsuan? Apabila dibezakan pendapat pro dan anti, memang bercanggah dan ada bukti sendiri untuk isu tertentu. Justeru, kebenaran berpihak kepada siapa? Adakah penulis blog akan bertanggungjawab dengan pendapat dan bukti mereka ini? Bertanggungjawab bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga? Apa pun terpulang kepada mereka, kata-kata atau tulisan yang lahir dari akal akan dihubungkan ke tangan dan jari jemari akan mencoretkannya sama ada kebenaran atau kepalsuan. Usai itu, lakukanlah dengan ikhlas dan niat kerana Allah dan untuk kebenaran yang hakiki bukan untuk ganjaran atau sokongan. Kita akan dipertanggungjawabkan kelak dengan segalanya. Beristiqamahlah.

P/s : aspek yang lain akan dikomentarkan tidak lama lagi.

Aku bah
4.24pm (9.6.09)