Assalamualaikum

Hari ini aku dah tengok keputusan exam aku semester 3 lepas. Ada peningkatan sikit. Tapi bersyukurlah. Ingatkan turun daripada sebelum ini, sebab payah nak cover paper dan tugasan yang diberikan. Aku mengucapkan tahniah kepada rakan study aku yang mendapat anugerah dekan, semoga terus cemerlang dan cemerlang lagi untuk semester akhir akan datang. Aku? Seperti biasa. Tidak tinggi tidak rendah. Tengah2. Apa pun memang tetap bersyukur.

Semester akan datang akan terus berusaha lagi yang terbaik, yang penting kukuhkan PNGK 3.00 ke atas untuk masa depan yang cerah. Pastinya menjadi seorang guru mahu pun jawatan lain. Baru sebentar tadi aku buka register course untuk semester depan ni. Tengok kumpulan kuliah. Tanya-tanya rakan lain, kumpulan kuliah tetap sama juga. Ingatkan ada perubahan nak digabungkan dengan kumpulan kuliah lain program AT58 ni. biasalah program pengajian malaysia ni lebih 300 orang, sebab tu kena berpecah 3 kumpulan besar.Pernah dengar ura-ura ada perubahan.Asyik orang yang sama je.hehe.

Aku tak pastilah sama ada dapat mengurus masa dengan baik semester depan nanti sebab lain lagi sebagai JMK kolej, study lagi. JMK dah la dikatakan sibuk.entahlah. hope dipermudahkan. Balik pun kena awal 18hb jun ni. Tak tahulah. Banyak kerja la plak. 23hb-26hb ni kursus JMK kolej. 27hb-30hb uruskan new intake kolej n universiti. 1hb-4hb julai pi pulau pangkor program anak angkat yang tertangguh semester lepas. Awal-awal semester lagi, sudah sibuk. Kertas kerja pun tak buat lagi program bawah aku bulan 8 ni. Hope dipermudahkan. Amin…..

Aku bah
10.29pm (di kg terusan bah)