Assalamualaikum

Tika ini aku baru sahaja selesai menonton cerita kat TV bertajuk Murabbi. Esok (18.05.2009) aku akan menjalani satu tugasan kecil selama pengajian aku di UPSI iaitu ROS. Aku rasa risau dengan tugasan ini yakni praktikal kecil untuk pengajian aku selama 2 minggu di sekolah lama aku. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Pastinya segala teori pengajaran setakat ini mampu untuk diterjemahkan yakni berhadapan dengan masyarakat iaitu pihak sekolah. 16hb yang lepas telah dinobatkan penghormatan satu hari kepada guru untuk memeriahkan dan mengenang siapa seorang guru. Cerita Murabbi sebentar tadi sudah cukup menunjukkan bahawa tugas seorang guru bukanlah setakat di sekolah sahaja, bukan anak murid sahaja bahkan kepada masyarakat yang memerlukan bimbingan serta didikan ke arah penambahbaikan dalam kehidupan khususnya permasalahan sosial yang melanda remaja. Bukan imbuhan yang diinginkan tetapi ilmu yang ada dapat dimanfaatkan dan disalurkan kepada sesiapa sahaja tatkala banyak pengorbanan diri seorang guru dilibatkan demi keluhuran tanggungjawab sebagai seorang guru.

Guru

Apa pun, semoga guru-guru dan bakal guru sekalian menjalankan tugas serta tanggungjawab mendidik masyarakat khususnya anak bangsa demi jalinan ilmu terus berpacak di mana-mana sahaja. Maklum bahawa, ilmu ada di mana sahaja, ilmu tidak akan habis untuk dituntut dan ilmu meliputi pelbagai aspek dalam dunia ini. Apa yang penting ilmu dapat digunakan sebaiknya bukan disalah gunakan. Selamat menjalankan ROS esok hari (18.05.09) untuk rakan-rakan AT58 dan juga sesiapa sahaja yang melakukan ROS semester ini. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan sedikit sebanyak pendedahkan kepada alam pengajaran serta situasi sekolah ini mampu membuka lagi minda bahkan kefahaman apakah yang telah kita pelajari selama menuntut di IPT bersandarkan program pendidikan. Hope dipermudahkan.

By, aku bah 12.30am(18.05.09)
Semporna Sabah