IBU TERCINTA

Selamat Hari Ibu untuk Ibu tersayang, puisi ini ditujukan untuk semua ibu-ibu khususnya ibu kepada pencipta puisi ini yakni ibu saya juga. Segala jasamu amat dihargai dan tanpamu kami tak kan berjaya sehingga kini..Terima kasih Ibu..

Dia insan mulia

Insan mulia itu,
Mengajarku erti kehidupan
Mengajarku hakikat nilai kasih sayang
Mengajarku nikmat sebuah keimanan
Mengajarku balasan setulus keikhlasan.

Insan mulia itu
Membantuku membentuk jati diri yang hilang
Membantuku membina sebuah empayar kesabaran
Membantuku mencari ilmu Islam
Membantuku menggapai tujuan.

Insan mulia itu,
Mengubah penampilan diriku
Dari liar kepada lembut
Dari seksi kepada sopan
Dari boros kepada berhemat

Insan mulia itu
Membuatku mengenal Islam
Membuatku mengenal Solat
Membuatku mengenal Al-Quran
Dan membuatku mengenal Sedekah dan ihsan.

Insan mulia itu
Membuatkan aku menjadi manusia pemikir
Pemikir kepada masa depan
Pemikir kepada nasib insan lain
Pemikir kepada ceritera sebuah kehidupan
Dan pemikir kepada tatacara mencari sebuah pedoman.

Insan mulia itu,
Satu dalam berjuta
Perginya tak mungkin berganti
Dialah di hati
Oh ibu…………

By, My Sis…Norfatihah Sabah

Advertisements