Assalamualaikum

Mencari seseorang untuk dijadikan permaisuri hidup (isteri) yang didambakan seorang lelaki ke arah mendapat rahmat Allah bukan sesuatu yang mudah. Pastinya wanita solehah impian menjadi tumpuan bagi kehidupan yang diredhai. Bukan sekadar teman hidup bahkan untuk bersama-sama menzahirkan impian hidup ke arah zuriat yang mewarisi ciri-ciri Islam yang disarankan dan diseru oleh agama.

Apa pun, bagi diri seorang lelaki mencari permaisuri hidup itu memerlukan diri lelaki seperti wanita impiannya. Bukan syarat cuma sebagai kelengkapan dalam menghadapi dugaan hidup yang lebih mencabar. Justeru, lelaki soleh akan ketemu wanita solehah impiannya. Berusahalah…Wanita solehah impianmu sedang menanti.

Permaisuri Hatiku

Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia
Diantara diriku juga diri-mu Hanya mengharapkan cinta yang Satu Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh? Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

lagu :Permaisuri Hatiku
by : Hijjaz

Advertisements