Menangis lagi II

Tatkala isyak kulewatkan
Makin aku terasa salah
Salah tidak lakukan awal
Kutinggalkan kerja
Wuduk aku tunaikan
Sebelumnya aku diambang resah
Apa sebenarnya diri ini
Fungsi diri dan matlamat diri
Kehidupan terbaik semua pasti harapkan
Begitu juga aku
Tapi aku layakkah?

Aku menangis lagi
Air mata gugur saat sujud terakhirku
Bergenang membasahi kelopak mata
Aku ingin baik
Kenapa susah aku lakukan
Halangan itu kembali
Bukan sekali tapi tiap kali
Aku mencuba

Hampirnya isyak tamat
Sujud terakhirku memohon dipermudahkan
Halangan itu
Aku takut akan lebih jauh dariNYA
Aku takut
Manusia ciptaan Allah
Pastinya patuh dan taat kepada pencipta
Adakah aku seperti itu?
Tika coretan ini menjalar
Air mata terus bercucuran
Kenapa aku begini?

Aku tidak pasti ada hikmah semua ini
Allah sentiasa menguji hambaNYA
Adakah aku tergolong? Aku menangis lagi. Allahu Akhbar!
HambaMU memohon keampunan
Sudah lama aku mengharap rahmatMU
Aku bersyukur semua rezekiMU
Bersyukur sangat
Apa pada aku hari ini

Doa mengiring penghabisan isyak
Mata ini tidak kering lagi
Lagi tersedu sedan menadah tangan
Memohon keselamatan dan keredhaan
Untuk diri, keluarga dan segalanya
Aku tidak akan putus asa ke arah itu
Aku menangis lagi

By, aku bah 10.31pm(28.04.09)

Advertisements