Petang ini


Petang ini

Ketenangannya kurasa

Fatamorgana menempias

Sekian lama aku harapkan tika ini

Dugaan perjalanan hidup esok kutempuhi

Mungkin petang seperti ini

Mencari fungsi diri makna dalamnya


Petang ini

Mengharap ilham keindahan ciptaanNYA

Bayu menyapa bertanyakan khabar diri

Sudah bersedia atau terus berusaha

Sinar ilmu bertandang diadaptasi

Adakah manfaat mahupun disuratkan begitu

Petang ini aku fikirkan segala

Mungkin ya mungkin…..


Petang ini

Seketika lagi menghampiri redup

Tatkala kehidupan mengekori

Dugaan jatuh tertimpa

Bangun semula pastinya

Petang ini dapat dirasai kembali

Implikasinya diterjemah ke arah lebih baik

Bukan petang ini

Tetapi pagi, petang dan malam seterusnya


Petang ini

Terima kasih kuucapkan

Kepada pencipta petang ini

Saatnya memberi analogi diri

Diharap mampu lakukan terbaik

Petang ini………….sudah bermula


By, aku bah 2.42pm(20.04.09)