IJTIHAD DAN SENDIRI

Kini aku sendiri
Bukan kupinta tapi kuterima jua
Ijtihad cinta hakikat kabur
Ke mana halanya lagi
Saatku sendiri

Mungkin aku selesa sebegini
Tiada lagi kecelaruan mendatang
Matlamat sebenar akur disasarkan
Kuharap ketenangan datang menerpa
Tatkala aku terus sendiri

Acapkali masa berputaran
Renung diri apa fungsi
Ijtihad kebaikan kuusahakan
Berjuang? Berkorban?
Tiada daya lebih kulakukan
Catatnya memberi erti
Bilamasanya rahmat itu tiba
Kesendirian ini ruang muhasabah diri
Zahirnya ke arah hakikat diri

Aku bah (13.04.09, 7.17pm)