WAHAI PENCINTA …….

Saat diri menonton filem terbaru Fast and Furious 4, YM beri isyarat terima emel. Lantas diri ini membuka emel tersebut. Terkejut seketika dengan lampiran emel yang disertakan, kekejaman terhadap bayi yang baru lahir. Tergamam walau pun selalu dipertontonkan dan melihat keadaan seperti ini media cetak mahu pun media elektronik. Bayi yang tidak berdosa angkara manusia yang aku boleh katakan tiada otak untuk memberi nilai kemanusiaan kepada bayi-bayi ini. Apakah semua ini? Lantas aku terfikir ini bukan kerja sesiapa tetapi golongan yang tidak tahu apa erti cinta sesama manusia yang sebenarnya. Hanya mendapatkan keseronokan bercinta yang akhirnya mendapat malapetaka kepada si perempuan yakni mengandung anak tanpa nikah.

Termuhasabah diri seketika disaat mengharap cinta sesama manusia yang sering diagung-agungkan kononnya cinta sejati. Diri seorang yang sukakan kanak-kanak dan sayangkan kanak-kanak lebih-lebih lagi seorang bayi meremang seluruh tubuh memerhatikan gelagat bayi yang ditemui dalam keadaan menyayatkan hati, meninggal dunia dalam keadaan badan yang hancur, terbakar, putus kepala, anggota badan…Allahu Akhbar. Apalah nasib manusia membuat kekejaman ini kelak di akhirat khususnya? Kenapalah si pelaku ini tidak ada rasa kekesalan langsung? Allahu Akhbar, tersedu….mengalir air mata melihat diri kita yang pernah suatu ketika dulu menjadi bayi. Begitulah tikanya saat ibu bapa kita menjaga kita dengan baik sehingga saat ini sudah semakin membesar. Apalah pula kisahnya dengan bayi yang tidak kesampaian membesar dengan penuh kasih sayang? Bukan setakat tidak mendapat kasih sayang malah diperlakukan jijik sekali. Allahu Akhbar.

Di mana nilai kasih sayangmu wahai pencinta sesama manusia? Di mana kasih sayangmu dan cintamu kepada kekasihmu saat kamu memperlakukan sedemikian kepada hasil hubungan cinta kamu? Bukan baru perkara ini malah telah basi untuk diperkatakan dan sering menjadi isu untuk diselesaikan. Mana nilai kasih sayangmu wahai si pencinta? Nafsumu mengatasi nilai kemanusiaan, cukuplah dosa maksiat yang dilakukan kenapalah bayi itu menjadi mangsanya? Wahai pencinta sesama manusia, kamu tahu hukuman maksiat, hukuman membunuh bayi…kenapalah kamu tidak menginsafkan diri? Jangan hanya menunggu diri kamu mengatakan insaf setelah melakukannya sedangkan kamu hanya berkata seawal kamu melakukan dosa tersebut, tidak lama lagi kamu akan mengulanginya. Tidak takutkah kamu kepada hukuman Allah? Wahai pencinta, sedarlah…tolonglah….nafsumu itu tidak ke mana, tapi kasih sayangmu akan membawa ke mana-mana tanpa terjerat dengan nafsu itu.

Bersama kita untuk muhasabah diri, bukan si pencinta sahaja malahan sesiapa sahaja. Semaikanlah kasih sayangmu dengan iman yang kuat, tolonglah. Penuhkan cintamu dengan ketaqwaan, tolonglah wahai pencinta………………………..aku merayu, aku tidak sanggup lagi melihat perkara ini. Insafkanlah diri kita. Bertaubatlah. Bertaubatlah……………………………………

Cinta Iman Nur Tawakal Allah ………… CINTA hakiki dan selamanya

Ikhlas…..aku bah (12.04.09…3.59pm)

Advertisements