salam

sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di sini. kesibukan dengan tugasan dan program yang kadang kala tanpa diminta terus menyapa empunya diri. nak tak nak mesti dilakukan kerana itulah tanggungjawab yang diberikan. bermula dari masa ini, tempoh untuk menghadapi exam sem 3 ni cukup amat dekat lagi. segala persediaan dan sepatutnya yang aku buat seperti sem dulu tidak menampakkan diri ketika ini. tidak tahulah sebab apa, banyak tugasan yang sering memeningkan kepala, gelagat suasana meeting dan  sebagainya menyukarkan aku untuk terus melakukan kerja yang sebaiknya.

tatkala ini, aku bosan kerana menghadap tugasan yang tiada kunjung tiba penyelesaiannya. tak kisah kalau sekadar tugasan menaip dan cari maklumat, ini tidak memerlukan pemerahan otak lebih “advance” lagi. tidak apa, minggu depan 3 tugasan kena hantar semuanya tiada lagi aku mulakan. tugasan group dan individu, sudah mula namun tiada menunjukkan ciri-ciri untuk siap sepenuhnya saat ini. bukan soal hantar lambat kerana buat tugasan last2 minute tetapi ekoran faktor sekeliling yang terpaksa dihadapi untuk menimba ilmu lagi.

tak sampai sebulan lagi exam akan bermula….adakah aku bersedia? tidak….permudahkan urusan…..

5.53 pm KUO

Advertisements