Ketika jari jemari menekan keyboard laptop, saat ni keletihan masih lagi terasa. Baru sahaja balik dari tugas yang telah diamanahkan. Tiada rasa kekesalan untuk mengambil tugas ini yakni sebagai Sekteriat teknikal KOnvo Upsi ke 11. satu pengalaman yang amat bermakna walau pun letih dan penat tatkala tugasan untuk akademik masih banyak lagi yang tertangguh untuk dikemaskini seterusnya untuk dihantar.

Sebelum ini sudah biasa dengan tugas-tugas angkat barang turun barang, susun barang. Pengalaman baru dalam situasi ini memungkinkan untuk terus lagi mengharap tugas sebegini kerana diri lebih suka kerja yang mencabar dan berat. Sekurang-kurangnya fungsi diri dipelbagaikan untuk mengadaptasikan pelbagai kerja atau tugas. Apa pun, lakukanlah sesuatu tugas itu dengan ikhlas pastinya kita akan rasa seronok dan enjoy dalam kerja ini. Semangat kerja berpasukan dalam tugas ini memberikan satu pengajaran untuk diaplikasikan dalam pelbagai situasi lantas amat bermakna bagi diri yang mengharapkan semangat bekerja diterapkan agar tugasan dapat diselesaikan dengan mudah dan tanpa rasa kekesalan atau terpaksa…..

all the best….

3.26 pagi …KUO

Advertisements