CERPEN : CINTA DI HATI KITA

NUKILAN : MY SIS, NORFATIHAH SABAH

Perbincangan petang itu berjalan lancar. Alisya kelihatan mula mengemas buku-bukunya sementara rakan-rakannya yang lain masih bersembang disulami gelak ketawa. Dia tidak mahu menyertai mereka kerana dia perlu bergegas pergi ke perpustakaan untuk bertemu dengan abang kesayangannya, abang Shorab.

“ Eh Lis, kau nak pergi mana?” Nazirah menyoal setelah melihat perlakuan Alisya yang terburu-buru.

“ Nak pergi library. Dah janji nak jumpa abang Shorab kat sana.” Ujar Alisya sambil tersenyum.

“ Nak jumpa buah hati pun takkan nak kelam kabut. Takkan lari mamat tu.” Fakrul bersuara selamba.

“ Yang kau menyibuk kenapa? Aku ada bercakap dengan engkau ke?”Aalisya menyoal Fakrul tanda tidak puas hati. Dia tak tahu mengapa mamat sewel itu selalu mengenakan dia walhal dia tak pernah masuk campur dalam urusan lelaki itu.

“ Terasa ke?” Fakrul sengaja menaikkan darah Alisya.

“ Sudahlah. Korang ni asyik bertekak saja. Sudah dua bulan kita buat discussions, selama itulah jugalah korang asyik bertekak. Tak bosan ke?” Azrul mula menjernihkan suasana. Kalau tak dihentikan, entah bila habisnya pergaduhan kedua rakannya itu.

“ Dia yang mulakan dulu.” Serentak Fakrul dan Alisya mempertahankan diri. Alisya pantas beredar dari kawasan itu. Benci dia menatap wajah Fakrul lebih lama. Rakan-rakan mereka yang lain hanya menggelengkan kepala.

“ Aku tak fahamlah Fakrul. Kenapa kau suka sangat menyakat Alisya tu? Aku tak pernah nampak pun dia ganggu hidup kau.” Sabri menyoal Fakrul. Baginya inilah masa yang sesuai untuk bertanya perkara itu yang telah disimpan sejak dua bulan yang lalu.

“ Yalah Fakrul. Aku tengok Lisya tu tak pernah pun mulakan apa-apa kecuali kau.” Nazirah menyokong Sabri.

“ Korang boleh tolong diam tak?” Fakrul menyeringai. Dia berlalu pergi dengan muka masam.

“ Tak faham langsung aku dengan sikap dorang tu.” Keluh Azrul.

“ Ala korang ni, tak tahu ke? Fakrul tu kan anti-perempuan. Kalau dia tak suka perempuan tu, dia akan buat perkara yang boleh buatkan perempuan tu pun benci kat dia. Itulah sampai sekarang dia masih single lagi.” Sabri menerangkan sikap Fakrul yang sebenar.

“ Yeke? Tapi aku tengok dengan Alisya je perangai dia macam tu. Dengan perempuan-perempuan lain, tak pulak.” Nazirah menyuakan kemusykilan.

Masing-masing terdiam. Mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk memperbaiki hubungan Alisya dan Fakrul yang sudah di tahap kritikal.

***********

“ Kenapa muka monyok ni?” Sapa Shorab setelah Alisya muncul di hadapannya. Gadis itu hanya menjungkit bahunya.

“ Gaduh dengan Fakrul lagi ke?” Shorab meneka. Muka Alisya semakin masam. Benci bila nama itu dibangkitkan. Shorab hanya tersenyum. Tahulah dia bahawa Alisya baru sahaja bertengkar dengan Fakrul, student yang satu fakulti dengan Alisya juga group discussionnya.

“ Abang boleh ketawa lagi. Sakit tau hati Lisya dibuatnya. Mengada-ngada betul. Macam hebat sangat. Tapi memang hebat pun.” Dalam marah, Alisya masih sempat bergurau.

“ Biarkan jelah budak Fakrul tu. Lama-lama nanti, bosanlah dia tu.” Shorab memujuk Alisya.

“ Bosan apanya, dah dua bulan Lisya satu group dengan dia, selama itu jugalah dia kenakan Lisya. Benci tau.” Alisya tidak mahu mengalah.

“ Dari benci terbit sayang. Ingat tu.” Shorab mengingatkan. Alisya hanya mencebik.

Mereka berjalan beriringan menuju library yang kelihatan lenggang. Tempat yang berdekatan rak buku menjadi pilihan mereka. Kemesraan di antara mereka menjadi perhatian seseorang yang sejak tadi asyik memerhati. Hatinya sakit. Mengapa mesti aku menghadapi semua ini dan mengapa mesti gadis itu yang harus muncul dalam mimpiku saban malam? Si pemerhati itu bermonolog sendirian. Dia berlalu pergi kerana tak sanggup menyaksikan kemesraan itu lebih lama.

************

Sudah enam bulan Alisya menjadi mahasiswi di Institusi Perguruan Sultan Perak atau lebih familiar dengan UPSI di kalangan masyarakat. Kerinduan kepada kampung halamannya iaitu Sabah di Bawah Bayu sentiasa menggamit memorinya. Terbayang di ingatannya, puan Saidatul, emaknya yang sangat penyayang terhadap anak-anaknya. Mak, Lisya rindukan mak. Monolognya. Deringan telefon mematikan lamunan Alisya. Tertera nama abang Shorab di skrin telefonnya. Dia tersenyum dan mula menjawabnya.

“ Assalammualaikum?” Ujar Alisya.

“ Waalaikumsalam. Lisya, abang nak pergi Kuala Lumpur esok. Jumpa kak Miza dan abang Aman sekali. Lisya nak ikut?” Ajak Shorab.

“ Nak. Abang tunggu Lisya kat mana?”

“ Abang datang ambil. Siap awal sikit.” Shorab mengingatkan.

“Ok bos.” Balas Alisya. Setelah talian dimatikan, Alisya tersenyum sendirian. Dah lama tak jumpa Naqiu.

Esoknya, mereka bertolak menuju Kuala Lumpur menaiki bas. Dalam perjalanan, Alisya sentiasa tersenyum. Entah apa yang bermain di fikirannya. Shorab yang duduk di sebelahnya berasa hairan. Budak ni dah tak betul agaknya. Shorab hanya memerhatikan Alisya. Dia tidak mahu menegur Alisya. Dia tidak mahu mood Alisya rosak. Shorab yakin, Alisya bijak menyembunyikan perasaan serta rahsia dirinya. Dan dia juga yakin, Alisya boleh menghadapi dugaan yang diuji kepadanya. Semua itu dia sedari sejak Alisya mula memasuki UPSI.

**************

Perjumpaan dengan kak Miza dan abang Aman serta kak Nadia dan baby comel Naqiu masih segar di ingatan Alisya. Terubat seketika rindunya kepada Naqiu. Dia tersenyum. Nazirah yang berada disebelahnya kehairanan. Dia memanggil nama Alisya beberapa kali namun tiada jawapan.

“ Alisya……..” Nazirah menguatkan suaranya.

“ Kau ni kenapa? Aku belum pekak lagilah.” Ujar Alisya yang terkejut dengan suara kuat Nazirah.

“ Memang kau belum pekak tapi angau. Senyum sendiri. Lebih dari tiga kali aku panggil nama kau padahal aku ada kat depan mata. Kau tak dengar juga.” Nazirah mengomel.

“ Yeke, sori. Tapi pembetulan, aku tak angaulah. I just think about baby Naqiu.” Ujar Alisya. Dia tidak mahu Nazirah menganggap yang bukan-bukan terhadap dirinya.

“ Lisya, boleh aku tanya kau sikit?” ujar Nazirah. Alisya mengangguk.

“ Aku tengok kau dengan abang Shorab tu macam ada apa-apa je. Korang couple ke?” tanya Nazirah. Alisya sudah tersenyum. Nakal.

“ Tak adalah. Biasa je pun.” Jawab Alisya berserta senyuman.

“ Betul ke?” Nazirah masih ragu-ragu denagn jawapan Alisya. Alisya mengangguk berulang kali. Di bibirnya masih terukir senyuman. Ingin sahaja dia ketawa, namun dia tahan. Belum sampai masanya.

Ok, I trust you. Tapi, aku nak tanya kau. Kenapa kau denagn Fakrul asyik bergaduh je? Setiap kali kita ada group discussion, endingnya pertengkaran korang yang jadi hidangan. Siapa yang bermasalah sebenarnya?”

“ Tanyalah Fakrul tu. Dia yang mulakan. Ingat aku nak sangat ke gaduh dengan dia? Tak kuasa aku nak layan.” Alisya meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati. Dia rasa Nazirah perlu tahu kenapa dia begitu benci dengan Fakrul.

“ Tak faham aku dengan korang ni. Tanya Fakrul, kau yang ada masalah dengan dia. Tanya kau pula, Fakrul yang ada masalah. Pening betul aku fikir pasal korang ni.” Getus Nazirah.

“ Siapa juga yang suruh fikir? Tak faham, diam jelah. Yang penting aku tak kacau kehidupan dia ok.” Lantas Alisya meninggalkan Nazirah yang terpinga-pinga. Dia semakin keliru.

**************

Petang itu, Alisya belajar sendirian di library. Nazirah tidak menemaninya kerana ada kuliah yang perlu dihadiri. Tekun dia mengulangkaji tanpa mempedulikan manusia-manusia yang lalu-lalang di hadapannya. Exam yang akan berlangsung minggu depan membuatkan dia perlu belajar denagan lebih giat lagi. Tanpa dia sedari, Fakrul asyik memerhatikannya. Fakrul berkira-kira untuk menghampiri Alisya. Namun dia takut. Takut akan terjadi pertengkaran di antara mereka dalam perpustakaan berkenaan. Tetapi perkara itu harus diberitahu kepada Alisya. Dia tidak mahu Alisya hanyut. Perlahan dia menapak ke meja Alisya.

“ Alisya, aku nak cakap sikit dengan kau. Jumpa aku kat luar sekarang.” Perlahan tapi tegas sahaja arahan dari Fakrul. Alisya terkejut. Bila masa pula mamat ni ada kat sini? Dilihatnya Fakrul sudah melangkah menuju ke pintu. Dengan hati yang berat, dia mula mengekori Fakrul walaupun di benaknya penuh dengan persoalan.

“ Nak tanya apa? Cepat sikit. Banyak lagi yang aku kena study.” Ujar alisya acuh tak acuh. Dia tak suka berhadapan dengan Fakrul kerana hatinya akan terasa lemah. Dia sendiri tak tahu sebabnya.

“ Sampai mana tahap hubungan kau dengan abang Shorab?” perlahan Fakrul bertanya.

“ Kau ni sibuk sangat kenapa? Dah nak dekat setahun, kau asyik tanya aku soalan yang sama. Kau tiada hak nak arah-arah aku ok.” Alisya bengang dengan pertanyaan Fakrul yang tak pernah ada kesudahan.

“ Dia bukan lelaki yang baik. Aku nampak dia dengan seorang perempuan kat Kuala Lumpur hari tu. Mesra sangat. Aku tak mahu kau hanyut. Tu yang aku bagitahu kau.” Fakrul cuba bertindak professional apabila melihat Alisya sedang marah. Sikapnya itu berlainan dengan sebelum ini.

“ Itu hak peribadi aku dan kau tak berhak nak masuk campur ok. Lantak dialah nak buat apa pun.” Alisya ingin beredar namun tangan Fakrul lebih pantas mencapai tangannya. Dia cuba melepaskannya, namun kudrat Fakrul tak mampu ditandinginya.

“ Kenapa kau degil sangat ni? Aku cuma bagitahu kau apa yang betul je.” Fakrul pula yang naik angin.

“ Jangan masuk campur boleh tak? Jagalah urusan kau sendiri.” Alisya bengang dengan sikap Fakrul yang dirasakan mencampuri kehidupannya.

Pang!! Satu tamparan hinggap di pipi Alisya. Alisya terkedu manakala Fakrul pula rasa bersalah. Alisya memegang pipinya yang terasa perit. Dengan pantas dia berlari menuju library untuk mengambil barangnya dan bergegas pulang ke kolej kediamannya.

Fakrul pula hanya memandang. Perasaan bersalah mula menjalari tubuhnya. Dia tidak tahu mengapa dia perlu menampar Alisya. Dia melangkah ke keretanya menuju ke suatu tempat yang dia sendiri tidak pasti. Dia perlu menenangkan fikiran. Ya, itulah yang perlu dia lakukan. Alisya, maafkan aku.

Di bilik, Alisya masih memegang pipinya yang kelihatan merah. Kenapa dia tampar aku? Apa hak dia? Alisya memprotes dalam hati. Dia semakin benci dengan Fakrul. Benci yang amat sangat. Selama ini, tiada sesiapa yang pernah menampar pipinya. Kenapa Fakrul suka hati je buat macam tu kat aku? Alisya memprotes lagi.

*************

Alisya dan rakan-rakannya melakukan group discussion yang terakhir sebelum menghadapi midterm mereka. Alisya tidak dapat memberi fokus kepada perbincangan mereka. Begitu juga dengan Fakrul. Masing-masing melayani perasaan. Usai melakukan perbincangan, mereka berehat seketika sebelum pulang ke kolej kediaman masing-masing. Tiada pertengkaran yang terjadi petang itu menyebabkan Nazirah, Azrul dan Sabri berpandangan. Mata mereka tepat menghala ke arah Alisya dan Fakrul silih berganti.

Hey you all, hari ini tak period ke?” Sindir Nazirah kepada Alisya dan Fakrul. Azrul dan Sabri hanya tersengih.

“ Maaf, aku nak balik dulu.” Alisya melangkah pergi selepas memberi salam. Benci dia menatap muka Fakrul yang tajam memandangnya.

“ Lisya, tunggulah aku.” Nazirah membuntuti langkah Alisya. Terkedek-kedek dia berlari mengejar Alisya yang jauh di hadapannya.

“ Fakrul, Alisya tu kenapa?” Tanya Sabri. Fakrul hanya mendiamkan diri. Azrul dan Sabri hanya mampu berpandangan sebelum melepaskan keluhan.

*********

Hari ini merupakan hari terakhir bagi semester kedua. Petang itu juga Alisya akan bertolak ke Sabah untuk menghabiskan cuti semesternya. Kerinduannya terhadap family membuatkan dia tidak sabar menunggu waktu petang. Selesai packing barang, dia termenung di jendela. Manalah Fakrul agaknya? Dah lama aku tak jumpa dia.

“Eh.. kenapa aku perlu ingat mamat sewel tu?” Alisya berkata kepada dirinya sendiri. Kekerapannya mengingati Fakrul sering menerjah di ruang mindanya. Dia sendiri tak mengetahui punca dia membayangkan lelaki itu. Nasib baik Nazirah lebih dulu balik, kalau tak tentu dia mengusikku kalau dia lihat keadaanku yang macam ni. Fikir Alisya.

“ Alisya, jangan fikr lagi tentang dia. Kau tiada kaitan pun dengan dia.” Suara halus dalam diri memprotes tindakannya.

Ketukan bertalu-talu di pintu bilik membawa Alisya bangkit dari dunia hayalan. Segera dia melangkah menuju pintu.

“ Alisya, abang Shorab panggil kamu kat luar. Dia pesan supaya kamu cepat bersiap.” Ujar kak Mia, classmate abang Shorab.

“ Yeke, terima kasih kak.” Ujarnya sambil tersenyum.

Fakrul kelihatan sangat gelisah. Dia tahu, hari ini Alisya akan balik Sabah, namun tiada kekuatan muncul dalam dirinya untuk menghadapi Alisya. Terlalu banyak kesalahan yang dia lakukan terhadap gadis itu. Berulang kali dia berusaha untuk menemui gadis itu secara berdua-duaan, namun dia tahu, Alisya tak mungkin akan menerima cadangannya selepas insiden tamparan hari itu. Sejak kejadian itu sehinggalah hari ini, Alisya tak pernah berbicara serampang mata dengannya.

Kali ini Fakrul nekad setelah berfikir berulang kali. Alisya harus ditemui untuk menyatakan hasrat di hati yang terpendam dan tertangguh. Dia tidak sanggup lagi menanggung rasa bersalah dan jua perasaan cinta yang selama ini dia simpan kukuh dalam sanubarinya. Dia menghubungi Sabri dan Azrul untuk menemaninya menemui Alisya di lapangan terbang. Dia tidak mahu terlambat dan menyesal kemudian hari.

Mereka tiba di KLIA sejam kemudian. Muka Fakrul yang cemas membuatkan Azrul dan Sabri mendiamkan diri. Barulah mereka tahu selama ini Fakrul menyayangi Alisya walaupun tiada kenyataan muncul dari bibir Fakrul sendiri. Dan sebagai sahabat, mereka menyesal kerana langsung tak pernah tahu perasaan Fakrul.

“ Tiada pun dorang kat sini, Fakrul. Mungkin dorang dah berlepas agaknya.” Ujar Sabri. Fakrul berubah wajah.

“ Dorang tu sapa Sabri? Bukankah kita just cari Alisya seorang?” Azrul mengeluarkan ayat bodohnya.

“ Alisya dengan abang Shorablah. Kan dorang tu tinggal dalam kampung yang sama.” Jawab Sabri. Azrul mengangguk perlahan tanda faham.

Fakrul terduduk di kerusi panjang yang tersedia. Dia buntu. Kalau betul Alisya dah berlepas ke Sabah, tiada peluang lagi untuknya memohon maaf. Lama dia berkeadaan begitu. Azrul dan Sabri hanya memerhati. Tiada yang mampu mereka lakukan selain dari memberi semangat.

“ Maafkan saya. Kamu semua ni kawan-kawan Alisya kan?” ujar Shorab.

“ Abang Shorab?” serentak Sabri dan Azrul dalam nada kaget. Fakrul pantas bangkit dari tempat duduknya. Shorab tersenyum.

“Ya. Korang buat apa kat sini? Oh ya, Nampak Alisya tak? Dari tadi abang tunggu dia, tapi tak muncul juga. Kata tadi jalan sekejap je.” Tanya Shorab. Mereka menggeleng.

“ Kamu Fakrul kan?” Tanya shorab lagi sambil memandang ke arah Fakrul. Fakrul hanya mengangguk. Tidak mampu dia berkata-kata di hadapan insan yang menjadi penghuni hati wanita di cintainya.

“ Alisya selalu mengadu pasal kamu pada abang. Dia kata kamu ni suka sangat menganggu hidup dia sampai dia naik rimas dengan tingkah laku kamu.” Fakrul terdiam. Mesti Alisya cerita banyak pada abang Shorab. Ujar Fakrul dalam hati.

“ Saya tahu, kamu sukakan Alisya kan? Dari cara Alisya bercerita tentang kamu pun, saya tahu dia pendam perasaan pada kamu.” Shorab sengaja memancing Fakrul.

“ Kenapa abang boleh cakap macam tu? Allisya tu kan awek abang.” Sabri pula menyampuk.

“ Awek? Alisya cakap macam tu ke?” Terkejut Shorab mendengarnya. Sabri menggeleng.

“ Adik boleh jadi awek ke?” Tanya Shorab sambil ketawa. Ketawanya semakin lama semakin kuat. “ Terkena juga kamu oleh Alisya. Nakal betul adik aku ni.” Sambungnya lagi dengan ketawa yang masih bersisa.

“ ADIK?” serentak Fakrul, Azrul dan Sabri menyebut perkataan itu. Shorab mengangguk.

“Apa abang buat kat….” Tidak sempat Alisya menghabiskan ayatnya apabila terpandang Fakrul , Azrul dan Sabri. Bukan main terkejut dia. Dia mula membuka langkah untuk beredar dari kawasan itu. Belum sempat dia berbuat demikian, Fakrul terlebih dahulu menghalang jalannya menyebabkan dia terhenti.

“ Alisya, maafkan aku.” Fakrul cuba mengumpul kekuatan. “ Aku banyak buat salah kat kau. Aku tahu, sukar untuk kau maafkan aku selepas aku tampar kau hari itu.” Sambungnya.

“ Tampar?” ujar Shorab, Azrul dan Sabri serentak.

“ Ya, aku ada tampar Alisya, sebab, sebab aku cemburu tengok kau mesra dengan abang shorab. Dan aku tak tahu time tu yang abang shorab adalah abang kandung kau. Maafkan aku Alisya.” Akhirnya, mampu jua Fakrul meluahkan perasaan yang terbuku dlam hatinya walaupun tersekat-sekat.

“ Kau gila.” Alisya seolah-olah tidak percaya dengan bicara yang terbit dari mulut Fakrul.

“ Memang aku gila. Selama ini aku selalu bertekak denagn kau kerana aku tak mahu jatuh cinta dengan kau. Tapi, aku tak dapat menahan perasaan itu. Ia wujud dalam hati aku walaupun aku berulangkali menepisnya. Itulah hakikatnya. Aku sayangkan kau.” Entah di mana Fakrul beroleh kekuatan untuk menyatakan hasrat hatinya yang terbengkalai.

“ Diamlah. Aku tak mahu dengar lagi.”

“ Alisya, aku betul-betul sayangkan kau. Aku tak pernah mencintai perempuan sepertimana aku mencintai kau. Percayalah. Abang, tolong yakinkan dia. Rul, Sabri, bantu aku.” Fakrul cuba meraih simpati.

“ Ha’ah Lisya. Fakrul serius tu. Dia tu tak pernah suka perempuan lain. Beruntung kau dapat cinta dia. Kami baru tersedar betapa dalamnya cinta dia pada kau.” Sabri menyokong Fakrul.

“ Betul-betul-betul.” Kata shorab dan Azrul ala-ala adik Fatihah dalam cerita Upin dan Ipin.

“ Dah habis korang bercakap?” Alisya menyoal. Dari tadi dia hanya menjadi pendengar kepada luahan cinta Fakrul. Hatinya sedikit berbunga.

“ Bicaraku takkan pernah habis untukmu Alisya.” Fakrul mula beromantis.

“ Kau tak nak bagi aku bercakap pula ke?” Sakit hati Alisya bila dia tidak dipedulikan.

“ Cakaplah apa yang kau nak cakap. Tapi, semua tu takkan dapat mengubah cinta dan sayangku pada kau.”

Mamat sewel ni tak faham agaknya. Alisya merungut.

“ Macam ni ke cara kau nak pikat perempuan? Memang dah kena reject awal-awal. Orang bagilah bunga ke, coklat ke. Ini tak, air liur je yang banyak keluar. Nasib baik aku tak kena tempias.” Alisya berlalu pergi setelah menuturkan kata-kata itu. Fakrul terpinga-pinga. Dia tak faham apa yang dimaksudkan oleh Alisya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“ Hai Fakrul, takkan masih tak faham maksud adik aku tu? Orang dah bagi hint, kau pula buat mulut besar kat sini. Pergilah kejar dia. Kang merajuk, payah pula kau nak pujuk dia nanti.” Shorab bersuara. Pelik dia dengan sikap Fakrul yang seolah-olah amat naïf mengenai perempuan. Tak seperti dirinya yang menjadi kegilaan ramai.

“ Yeke bang? Nak saya kejar ke?” Fakrul masih lagi dengan kedaifannya.

“ Kata suka, dah dibagi lampu hijau, masih lagi nak tunggu lampu merah. Kejarlah cepat sebelum kapal berlepas.” Ujar Sabri. Geram dia dengan Fakrul yang tak reti-reti bahasa.

“ Terima kasih bang, terima kasih semua.” Fakrul tersenyum sambil mengekori Alisya yang jauh di hadapan. Hatinya berbunga riang. Yang lain hanya menggeleng.

*************

Cinta yang termeterai di antara Alisya dan Fakrul kini masih utuh dan di akhiri dengan sebuah ikatan yang sah selepas mengakhiri zaman kampus dan bergelumang dengan alam pekerjaan. Perbezaan negeri tidak pernah melunturkan cinta yang terbit di hati mereka.

“ Sayang, abang nak tanya sikit boleh? Abang masih musykil lagi walaupun kita dah berkahwin lebih sebulan dan bercinta lebih dari tiga tahun.” Ujar Fakrul suatu hari ketika dia dan Alisya sedang santai di rumah mereka.

“ Sejak bila pula minta izin ni? Bukan selalu main redah je ke?” Usik  Alisya. Fakrul mencuit hidung isterinya.

“ Kenapa sayang boleh terima abang sedangkan abang selalu buat sayang fed up?” Berhati-hati Fakrul berbicara. Takut pula bila isterinya salah tafsir.

Alisya tersenyum. Dia sudah dapat mengagak soalan yang bakal diajukan oleh suaminya itu. Dah banyak kali Fakrul mengulangi soalan itu, namun dia masih tidak memberikan jawapan yang tepat. Dia sengaja menyembunyikan kebenaran itu.

“ Sebab Lisya sayang abanglah.” Alisya masih lagi berahsia.

“ Tu je?” tanya Fakrul tanda tidak puas hati. Alisya mengangguk.

“ Tak apalah. Abang nak masuk bilik dulu.” Ujar Fakrul. Merajuklah pula suami kesayangan aku ni. Omel Alisya dalam hati. Fakrul sudah mula berganjak.

“ Abang ni, cengeng betul. Ok, Lisya bagitahu.” Alisya mengalah. Tak sanggup dia melihat suaminya memendam rasa. Fakrul memandangnya penuh minat dan kembali duduk di sisinya.

“ Sebenarnya Lisya lebih dulu suka abang. Abang je yang tak sedar. Asyik nak bertekak dengan Lisya je. Bila abang buat macam tu, Lisya jadi sakit hati. Lisya fikir lisya sorang je ada feeling macam tu, so bila abang buka cerita hati kat airport tempoh hari, Lisya tak teragak-agak terima abang. Cinta Lisya terhadap abang takkan pernah luntur kerana cinta Lisya sejati dan akan tetap diam dalam hati Lisya.” Panjang lebar alisya menerangkan. Dia memandang Fakrul. Tidur?

“ Abang……!” Geram hati Alisya melihat Fakrul yang terlelap saat dia bercerita.

“ Kenapa sayang, ada apa?” Ujar fakrul panik.

“ Penat Lisya cakap, tapi abang tidur pula. Benci. Tak mau tengok abang 20 minit.” Alisya melangkah masuk ke dalam bilik.

Fakrul hanya memandang isterinya. Di hatinya tersenyum puas. Lega kerana akhirnya dia tahu bahawa isterinya itu sangat menyintainya. Begitu jua dirinya. Sengaja dia mengenakan Alisya dengan berpura-pura tidur. Dia tersenyum sendirian. Sifat kebudak-budakan Alisya masih wujud walaupun telah berkahwin. Di dalam hati, dia berdoa agar hubungan mereka kekal buat selamanya. Perlahan-lahan dia menapak menuju pintu bilik untuk memujuk kekasih hatinya.

By, Norfatihah Syed Ali

Kota Kinabalu 05.03.09