Tatkala diri baru balik dari latihan Koku, saat penat dan letih dengan latihan keras Koku tadi satu mesej dari seseorang yang membuatkan diri terasa nak jadi jahat dan nak kembali ke perangai dulu. Apa yang diungkapkan aku tiada niat sebegitu teruk sudah dilabel sebegitu hanya kerana satu ungkapan dalam panggilan. Tiada niat langsung malah sifat hormat kepadanya tidak putus-putus disemat dalam hati ni.

Namun kenapa disalah anggap dek kerana meminta pandangan temannya? Tapi akui semua pandangan atau persepsi semua individu berlainan. Cuma kenapa tidak merujuk kepada empunya diri yang meluahkan ungkapan tersebut? Merujuk pun setelah mendengar persepsi kawan kemudiannya dengan berkata-kata yang menuduh dan melabel semacam. Disaat aku keletihan aku akan cuba terima hakikat tersebut. Tiada guna melenting, tiada guna merajuk sebab diri sudah matang dan lali dengan semua permasalahan ini. Cuma mungkin diri ini muhasabah diri lagi kenapa ungkapan yang kita niatkan tidak ke arah kejahatan itu dipersoalkan dan difikirkan niat jahat.

Aku akui aku memang jahat, nak tau lebih kejahatan lagi pastinya aku akan buat. Mintalah jenis kejahatan yang macam mana. Bosan dengan masalah setiap hari yang hampir sama. Lali yang sehinggakan diri benci untuk menghadapinya. Matang ke berperangai begini? Fikirlah sendiri.

aku bah