aku tinggalkan sejenak sambungan Cerpen Bukan tak cinta. ada sesuatu yang perlu aku luahkan dengan apa yang berlaku pada hari ini. sikap panas baran dan perangai pemarahku membara pada hari ini. mungkin nampak di muka biasa tapi dalam hati gelodak kemarahan melanda. aku tak tahu kenapa. hari ini aku berasa penat dan letih disaat nafas tercungap-cungap untuk dihembus tarik seperti biasanya. kesannya beberapa orang teman dimarah dan diberikan kata-kata yang menyakitkan hati.

aku minta maaf kepada yang berkenaan, tiada niat untuk memperlakukan teman sedemikian. hari ini juga aku terlafaz ungkapan yang bagi aku dan semua orang sukar untuk menerimanya tatkala diri keletihan terungkaplah kata-kata. biar aku tahu sendiri, pastinya aku sangat-sangat berdosa kepadaMu Ya Allah. kekhilafan diri ini tak disengajakan. aku bersujud taubat kepadaMu saatnya tiba di masjid untuk menunaikan solat jumaat. mataku panas yang kebiasaannya akan mengalirkan airmata, namun aku tahan. aku tak mahu airmata ini mengalir tatkala jemaah lain masih berteleku disaf masing-masing. aku mengharap keampunanMu Ya Allah…

aku bah 12.09am(280209)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s