cikgu pedalaman

Bukan tak cinta

Keadaan kelas tingkatan 6 Rendah sebelah bilik guru itu sangat bising. Pernah dipersoalkan dalam mesyuarat guru-guru bahawa kelas 6 Rendah ni tidak terima nasihat guru kelas dan juga guru-guru lain. Malah dipersendakan segala teguran menyebabkan pelajar-pelajar ini makin liar. Cikgu Hazlina antara yang terlibat untuk menasihati pelajar-pelajar ini. Cikgu Hazlina baru sahaja ditempatkan di Sekolah Menengah Terusan Tengah tu. Antara sekolah luar bandar yang berada di Sabah. Cikgu Hazlina tak sangka dia ditempatkan di Sabah. Jauh dari apa yang diimpikan selama ini, dia ingin mengajar di Johor. Negeri kelahirannya sendiri, ingin berbakti kepada anak kampung sendiri. Hazlina terkenang akan sahabatnya Firzada yang ditugaskan mengajar di Kedah. Seolah-olah impian mereka terbalik. Hurm..Hazlina mengeluh. Mengeluh bukan sebab tidak dapat mengajar di Johor tapi masalah pelajar sekolah yang semakin menular. Pening kepala Hazlina memikirkannya.

“ Fir, aku rasa aku nak mengajar kat negeri aku jugalah. Orang kampung aku mengharap sangat aku dapat berbakti kat kampung sendiri “. Hazlina meluahkan apa yang terpendam selama ini kepada Firzada, teman rapatnya yang berasal dari Kedah. Semester ini adalah semester mereka terakhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mungkin pelbagai rancangan telah difikirkan. Lepas mereka praktikum pastinya ingin menetapkan matlamat untuk mengajar di mana. Namun mereka sekadar mengisi borang posting saja. Selebihnya pihak KPM yang akan tentukan.

“ Aku ni Lin, kat mana-mana je aku sanggup. Janji aku minat mengajar. Tak kisah pun kalau dihantar mengajar kat pedalaman Sabah Sarawak tu. Apa yang aku inginkan yang penting terlaksana. Nak ajar anak-anak bangsa kita ni. Bagi mereka pelajaran yang sempurna. Jangan bagi mereka terjebak ke arah kejahatan. Kita tunaikan tanggungjawab kita.” Firzada dengan tegasnya meluahkan semangatnya. “ Wow, baguslah kalau macam tu. Aku tabiklah kat kau ni Fir. Jangan menyesal sudah kalau dah dihantar ke sana.haha” Hazlina mengusik semangat Firzada yang berkobar-kobar tu. “ Kau ni Lin, bukan nak menambahkan semangat aku, asyik turunkan semangat aku je. Tapi best apa mengajar kat Sabah dan Sarawak tu. Lagi best kalau dapat suami kat sana.” Firzada tersenyum dengan kata-katanya. Hazlina mengangkat tangannya memberi tanda isyarat tanda ok.

Dalam kesibukan mereka membuat tugasan semester terakhir ni sempat lagi melencong perkara-perkara lain. Hazlina mencebik bibir ke arah Firzada. Dua sahabat ini telah lama bersama. Sudah terbiasa dengan gurauan-gurauan yang dilakukan. Hazlina mendekati katil Firzada sambil mencuit perut Firzada. “Allah..Lin, kau ni buat orang terkejut je la. Sakit tau. Dahlah tangan kau tu besar. Berbekas perut aku ni. “ Dalam keadaan dikejutkan Hazlina, Firzada mengusik juga. “ Aku taulah aku gemuk, besar. Tak macam kau ni. Lebih kurang dengan aku je.haha “ Malam yang semakin larut, dua sahabat ini terus usik mengusik. Mungkin ingin menenangkan hati.

Pagi yang indah itu, satu kejadian yang merisaukan semangat Hazlina. Semasa Hazlina hendak melangkah masuk pintu sekolah, tiba-tiba seorang pelajar lelaki menyapa. “ Cikgu, saya tak suka cikgu datang ke sekolah ni. Baliklah ke semenanjung tu. “ Tidak semena-mena pelajar tersebut meninggalkan Hazlina dalam keadaan Hazlina tergamam dengan ungkapan pelajar tadi. Pelajar tersebut adalah antara pelajar yang selalu membuat salah laku disiplin. Hazlina pernah menegur pelajar berkenaan. Mungkin rasa tidak puas hati pelajar tersebut terus menyapa Hazlina dengan ungkapan yang kurang ajar bagi Hazlina sebagai seorang guru.

“ Sabarlah Cikgu, pelajar-pelajar kat sini memang macam tu” Kedengaran suara Pakcik Abdul seorang jaga di sekolah tersebut menyedarkan Hazlina yang masih tergamam dengan adegan sebentar tadi. Macam mana Pakcik ni tau aku kena tegur dengan pelajar lelaki tadi? Hazlina bermonolog. Pakcik ni dengar kot. Monolog Hazlina lagi dalam hatinya. Rasa malu juga diperkatakan seolah-olah budak kecil di depan Pakcik Abdul. Hazlina membalas kata-kata Pakcik Abdul dengan senyuman. Hazlina terus melangkah ke bilik guru.

Kejap lagi aku masuk mengajar kelas pelajar lelaki yang menyapa aku tadi. Tahulah apa aku akan buat nanti. Geram Hazlina dalam hati. Hazlina rasa tidak sedap hati diperlakukan sedemikian. Hazlina tidak kisah namun sebagai pelajar kena hormati guru.

“Assalamualaikum Cikgu” Sahutan suara salam semua pelajar kelas 6 Rendah A apabila melihat Hazlina masuk ke kelas mereka. “ Waalaikumsalam, sila duduk “ Hazlina tenang sahaja mengarahkan pelajarnya duduk. Mungkin Hazlina sedaya upaya menepis perasaan geramnya pagi tadi. “ Badri, sila ke depan” Hazlina seolah-olah tidak dapat lagi menahan geramnya. Badri adalah pelajar lelaki yang menyapa Hazlina pagi tadi. Semua pelajar diam melihat muka Hazlina yang tidak keruan. Selama ini mereka tidak pernah melihat mimik muka Hazlina yang seakan-akan ingin memakan mereka semua. Badri tidak berganjak dari tempat duduknya. Badri memalingkan muka ke arah lain tatkala di meja guru Hazlina terus menatap dan memerhatikan Badri yang tidak menghiraukan panggilan Hazlina. “ Badri” Panggil Hazlina lagi. Semua pelajar memerhatikan adegan Hazlina dengan Badri. Seumpama kes putus cinta pula, perempuan seolah-olah memujuk lelaki. Suasana kelas hening. Kan best macam ni, sunyi je kelas daripada bunyi bising. Luah Hazlina dalam hati. Badri seakan-akan tidak akan berganjak juga. Pelajar kelas 6 Rendah A makin risau dengan keadaan tersebut. Kedua-dua pihak masih berdiam diri. Sepatutnya Hazlina sudah memulakan pengajarannya.

Mungkin Hazlina juga ada perasaan tidak puas hati, pasti Hazlina akan terus menyelesaikan masalah Badri masa ini juga. “ Awak semua, pasti tahu Cikgu baru sahaj ditempatkan di sekolah ni kan. Tak sampai 3 bulan lagi cikgu dah kena halau oleh salah seorang dari awak semua” Hazlina menyusun kata-katanya. Pelajar tekun mendengar, kadang kala ada pelajar yang mengusik Badri. Bertanyakan Badri apa sebenarnya berlaku. “ Cikgu faham kenapa Cikgu awal-awal lagi dah diberi kata-kata atau teguran yang kurang enak untuk Cikgu dengar. Bagi Cikgu ianya kata-kata yang melampau daripada seorang pelajar yang tidak menghormati seorang guru yang dikatakan pengganti ibu bapa pelajar di rumah.” Hazlina terus berceloteh. Badri diperhatikan oleh Hazlina dengan lirikan mata. Budak ni tak takut langsung kat aku ye, nanti kau Badri. Monolog disertai muka geram Hazlina ketika melihat kelakuan Badri yang buat tak endah sahaja. Hazlina memang terkenal dengan kata-kata atau kepetahannya bercakap di khalayak umum. Semasa belajar dulu, Hazlina paling mantap ketika membuat pembentangan. Tidak hairanlah kemahiran insaniah yang dipelajari masa belajar dulu digunakan sebaiknya. Pelajar masih kaku dan terdiam mendengar kata-kata selanjutnya dari Hazlina.

“ Cikgu bukan minta untuk mengajar di sini tapi cikgu rasa tercabar untuk menunaikan kewajipan cikgu di mana-mana sahaja tempat untuk mencari ilmu. Cikgu tak kisah pun dengan apa yang kawan awak semua katakan kepada Cikgu pagi tadi. Cuma Cikgu terkilan dengan sikap kawan awak semua ini sebab tiada rasa syukur Cikgu-cikgu dah datang dari jauh, semata-mata untuk memberikan awak semua tunjuk ajar. Bagi awak semua berjaya, bahkan kejayaan awak semua bukan untuk kami cikgu ni tapi kejayaan awak semua juga. Majukan kampung ni, majukan diri sendiri. Pasti awak semua tahu bahawa bukan semua cikgu-cikgu sekarang ini nak mengajar di sekolah pedalaman macam ni. Macam cikgu sendiri cikgu tak suka. Cikgu memang suka berterus terang. Tapi mungkin ada hikmahnya Cikgu ditempatkan bersama awak semua di sini.

Maaflah dengan apa yang cikgu katakan sebentar tadi. Cikgu pun ada perasaan dan pastinya cikgu ingin meluahkan perasaan yang terbuku di hati untuk didengarkan kepada awak semua disebabkan ianya berkaitan dengan awak semua. Badri, Cikgu tau Badri tak suka cikgu mengajar di sekolah ni. Cikgu tak akan paksa Badri untuk terima Cikgu tapi Cikgu tetap akan teruskan tanggungjawab Cikgu untuk memberi tunjuk ajar kepada awak semua. Ini adalah tugas Cikgu. Tak apalah awak semua. Cikgu kurang sihat hari ni. Cikgu keluar awal, awak semua buatlah kerja masing-masing. Tapi fikirkanlah apa yang cikgu telah katakan tadi. Awak semua dah tingkatan 6, selangkah lagi akan ke menara gading. Berusahalah berfikir ye. Hasan, awak sebagai ketua kelas jaga kelas ini. Jangan buat bising.” Hasan mengangguk tanda terima arahan Hazlina.

Hazlina rasa lega dengan apa yang telah Hazlina luahkan. Memang sepatutnya Hazlina luahkan segala isi hatinya. Biarlah pelajar Hazlina memikirkan baik buruk apa yang telah diperkatakan. Hazlina melangkah keluar dari kelas dengan perasaan yang lega. Akhirnya Hazlina telah berjaya mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya Hazlina luahkan ketika mula-mula mengajar kelas 6 Rendah A. Semasa melangkah keluar, Hazlina melirik kepada Badri. Badri tunduk ketika matanya bertembung dengan lirikan mata Hazlina. Hazlina duduk termenung di meja gurunya. Pelajaran hari ni langsung tidak diajarkan kepada pelajar.

Ahh biarlah. Keluh Hazlina bila melihat rancangan pengajaran hari itu tidak tercapai objektifnya. Tercapai juga objektif aku untuk menasihatkan pelajar aku tadi. Monolog hati Hazlina. Itulah harapan Hazlina yakni dapat memberikan nasihat dan teguran kepada pelajar yang selalu membuat masalah. Aku puas. Tambah monolog Hazlina lagi. Kenangan bertengkar dengan Zairul semasa belajar dulu menggamit memori Hazlina. Entahlah Zairul, kes-kes gaduh macam ni aku teringat kau lah. Kau selalu usik aku dulu. Keluh Hazlina dalam keadaan tersenyum. Zairul oh Zairul. Apalah kau buat masa ni ye. Hazlina terus mengingat kenangannya bersama Zairul. “Zairul mengajar di Pahang, negeri kelahiran Zairul juga” Jawab Zairul ketika Hazlina bertanyakan kepada Zairul di mana ditempatkan.

Hazlina sekali sekala menghubungi kawan rapatnya. Firzada, teman rapat Hazlina seorang ni kerap kali mereka berhubung untuk meluahkan isi hati sejak bertugas menjadi guru. Kadang-kadang sedih, gelak tawa. Entah apalah yang seronok dan sedihnya. “ Lin, kau nak tau tak “ kata-kata Firzada ketika Hazlina menghubungi dia semalam. “ Tau apa? Kau ni, cakap jela” Hazlina dah mula mengusik. “ Macam ni, kau tau tak tentang budak laki yang selalu usik aku dulu tu, alah budak kos Sejarah tu, dia ada kat Sabah. Mengajar kat Sabah. Entah macam mana dia dapat kat Sabah tu” Firzada setiap kali berkata sesuatu akan ada semangat. Siap beri maklumat penuh kepada Hazlina.” Dahtu napa? Kau rindukan dia ke? Dulu tak nak, jual mahal. Sekarang kau ambik nasi himpit ni. Haha. Bukan nasi minyak.haha” Pastinya dua teman rapat ini akan ada sahaja perkara dikongsikan bersama. Hazlina mencemuh Firzada dalam perbualan telefon mereka.

Firzada rasa tercabar dengan kata-kata teman rapat dia ni” Lin, aku taulah aku jual mahal dulu. Tapi budak laki tu masih nak usik aku, entah macam mana entah dia tau aku mengajar kat Kedah ni. Siap telefon dan mesej aku lagi tu. Siapalah manusia yang bertuah tu bagi number telefon aku kat dia. Meluat tau tak? Mengalahkan usikan dia masa dulu. Ni siap nak ajak aku kawinlah, apalah. Ingat senang ke? Tengok orang lah wei, sekali aku jual mahal pasti aku akan terus memahalkan diri aku.haha” Semangat berkobar-kobar terus dilafazkan oleh Firzada. Di hujung talian, Hazlina mencebikkan mulutnya.” Yela tu Firzada oiii…kang melepas. Alamatnya…haha..aku tak nak sebut…kau sebut sendiri jela ye Firzada…haha..” Hazlina terus-terusan mengusik Firzada.

Bukan apa, Hazlina memang suka menyakat Firzada. Apa sahaja yang Firzada katakan pasti Hazlina bangkang. Namun bukan untuk bermusuh, hanya sekadar usik mengusik. Teman rapat Hazlina seorang lagi Qurotul’ain. Hazlina dan Firzada memanggil nama manjanya Ain. Tetapi paling kuat mengusik dan menyakat adalah Hazlina. Qurotul’ainlah yang selalu menasihatkan Hazlina agar tidak terlalu mengusik Firzada. Qurotul’ain seorang yang dikatakan muslimah. Umpama pembimbing utama tentang hal-hal agama kepada teman rapatnya Hazlina dan Firzada. Kadang-kadang Qurotul’ain menjadi mangsa usikan Hazlina. Firzada dan Quratol’ain sudah lali dengan segala karenah dan fi’il Hazlina yang mereka gelarkan “penyakat” semasa belajar dahulu. “Lin, jomlah makan. Dah tengahari ni” Cikgu Fatimah mengejutkan lamunan Hazlina. Fuh, panjangnya aku mengelamun. Keluh Hazlina. Hazlina bangkit dan terus menuruti langkah Cikgu Fatimah makan tengahari di kantin sekolah.

“ Cikgu, kenapalah pelajar kelas tingkatan 6 Rendah A tu nakal sangat ye? Dah memang nakal dari mula sekolah ke?” Luah Hazlina ketika makan bersama Cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah hanya menggeleng kepala sambil mengunyah makanan. Hazlina memerhatikan Cikgu Fatimah mengutip butir-butir nasi dalam pinggan tu sehingga bersih. Dia ni lapar ke apa, pinggan tu dah bersih habis. Monolog Hazlina melihat adegan cara Cikgu Fatimah makan.

“ Alhamdulillah. Kenyang aku. Ermm. Cikgu Tanya apa tadi? Tentang pelajar nakal tu ye. Biasalah tu cikgu, semua sekolah pun pasti ada pelajar macam tu. Kalau tak, tak dapatlah elaun guru disiplin tu.” Balas Cikgu Fatimah berseloroh. Aku taulah Cikgu Fatimah oii..hang rasa aku ni tak tau ye pasal disiplin-disiplin ni. Ni Hazlina, penyakat number 1 kawan-kawan aku masa sekolah hingga lah ni. Pasal disiplin-disiplin ni aku dah tau sangat dah. Tapi aku nak mendisiplinkan pelajar ni payah sikit.haha. Hazlina dalam hatinya bermonolog tatkala memperli sambil berbahasa loghat utara dengan apa yang dikatakan oleh Cikgu Fatimah.

“ Tapi kan cikgu, cuba Cikgu fikir disiplin tu dah jelas-jelas menyeru pelajar agar mematuhi peraturan dan menjadi seorang yang ikut arahan.” Hazlina berkata-kata bak seorang ahli falsafah.” Entahlah Lin, nak difikirkan perkara ni tak kan habis. Cuma kita jangan putus asa untuk mendisiplinkan pelajar ni. Dah tugas kita. Bukan setakat bagi pelajaran je tapi kena ajar pelajar ni apa suasana kehidupan di luar apabila pelajar ni keluar kelak. Maksudnya pelajar ni ada bekalan untuk menjadi seorang yang berdisiplin sambil ilmu yang dipelajari. Setakat ilmu je ada tapi tak dimanfaatkan sepenuhnya umpama makan banyak tapi tak kenyang. Betul tak perumpamaan saya ni Lin. Hehe”.

Aduh, hang ni bagi perumpamaan pun biarlah etika seorang guru sikit. Nilah kali pertama dengar perumpamaan hang ni. Keluh Hazlina tatkala Cikgu Fatimah dengan gaya seorang penceramah mengatakan sedemikian. “ Cikgu ni, entah apa-apalah. Ada ke bagi perumpamaan macam tu. Apa yang Cikgu cakap tu memang betullah.” Hazlina berseloroh bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Cikgu Fatimah.

Hazlina tunduk senyum melihat reaksi muka Cikgu Fatimah yang mengerutkan dahinya. Ambik hang. Haha. Hazlina makin galak mengusik Cikgu Fatimah dalam hatinya.” Yelah tu Lin. Jomlah. Bercakap soal ni tak kan habis. Nanti kita sambung ye. Saya nak masuk kelas jap lagi ni” Cikgu Fatimah menukar hala tuju perbualan untuk balik ke bilik guru. Hazlina senyum melihat Cikgu Fatimah yang sudah mula berganjak dari meja makan kantin sekolah. Cikgu Fatimah mengajar di sekolah SMK Terusan Tengah ni sejak 2 tahun yang lepas. Mungkin sudah masak dengan perangai pelajar-pelajar sekolah tersebut. Kemahuan hati Cikgu Fatimah untuk mengajar di Pedalaman tercapai, dalam diam-diam telah memasang niat untuk balik ke negeri kelahirannya, Kedah.

Kebanyakan guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut bukan orang tempatan, guru-guru yang berasal dari semenanjung dan Sarawak. Pengetua sekolah dalam mesyuarat baru-baru ni mengkhabarkan akan ada lagi guru baru. Bukan dari semenanjung tapi orang Sabah sendiri. Apa yang Hazlina dengar, seorang sahaja tu pun guru lelaki. Hazlina buat tidak tahu sahaja perkembangan terkini tersebut. Apa yang Hazlina tahu, sekolah memang kekurangan guru. Eloklah tu orang Sabah ajar orang-orang mereka sendiri. Hazlina berpendapat dalam hatinya.

“Lin, mungkin aku pi Sabahlah. Nak jumpa seseorang tu. Tapi hakikatnya bukan kau. Haha. Nak jumpa buah hati. Tapi boleh jumpa kau sekali. Bolehkan Lin” Firzada memberitahu hasratnya kepada Hazlina 2 hari lepas ketika Firzada menghubungi Hazlina. Semata-mata hendak memberitahu hasratnya, Hazlina sanggup menjawab panggilan saat Hazlina sibuk dengan kerjanya. Ermm. Fir, aku tunggu kau datang ni. Aku bosanlah Keluh Hazlina melihat gambar kenangannya bersama Firzada dan Qoratul’ain. Gambar tu sahajalah menjadi pengubat rindunya tatkala kebosanan. Ermm..Takde kerjalah tu. Hazlina mengeluh sendirian dengan sikapnya.

“ Assalamualaikum Cikgu “ Satu suara lelaki memberi salam dikeheningan pagi ketika Hazlina menulis rancangan pengajaran di meja guru untuk hari tersebut. Hazlina mendongak. Fuh hensem gila beb. Luah Hazlina dalam hati. “ah..Waalaikumsalam” Hazlina tiba-tiba tidak keruan melihat seorang lelaki yang segak berpakaian berada di depannya.

Sambil tersenyum memerhatikan reaksi kaget Hazlina, lelaki tersebut memperkenalkan diri. “ Saya guru baru di sini. Bolehkah Cikgu tunjukkan meja saya dalam bilik guru ni?. Sebelum tu saya kenalkan nama saya, saya Asraf. Orang sini juga. Orang Pulau Bum-Bum ni” Asraf terus tersenyum melihat reaksi Hazlina yang tak habis-habis kekok dan tak tentu arah. “ oh..ah..ok..guru baru ye.ermm..ok..saya Hazlina, asal Johor. Selamat bertunang…ehh..maaf..selamat berkenalan” Kenapa dengan aku ni. Allah, malulah aku. Monolog Hazlina.

“ ndak apa bah. Ok jak. Jadi di mana meja saya?” Asraf dengan loghat Sabahnya bertanyakan meja gurunya lagi saat Hazlina tidak tentu arah. Tersenyum-senyum, tergaru-garu. Asraf senyum memerhatikan tingkah Hazlina. “ Oh..lupa. maaf lagi. Tu kat hujung tu. Pengetua dah sediakan untuk Cikgu.” Asraf menyusul pergerakan Hazlina ke meja guru tersebut. “ Inikah meja saya?” Tanya Asraf lagi. “ ye Cikgu. Kenapa?” Hazlina mengerut keningnya melihat gelagat Asraf yang seolah-olah tidak suka dengan meja yang disediakan. “ Oklah bah ni. Terima kasih ya Cikgu” Asraf senyum ke arah Hazlina.

Hazlina membalas senyuman tersebut sambil menuju ke tempatnya. Aduh, oh.. Asraf senyuman sungguh manis sekali. Adakah aku telah jatuh cinta kepadamu? Adakah ini cinta pandang pertama? Selama ini aku tidak percaya cinta pandang pertama, tapi apabila melihat Asraf, hatiku gundah gulana. Hazlina bermonolog tidak keruan dan tersenyum sendiri. Sesekali menoleh ke belakang melihat Asraf yang sedang leka menyusun dan mengemas meja. Tatkala mata Hazlina bertembung dengan mata Asraf, degupan jantung Hazlina berdegup kencang. Nak jatuh dah oi jantung aku ni lihat kau ni Asraf. Dup dap dah. Makin lama Hazlina tidak keruan. Adakah aku telah jatuh cinta? Oh. Tidak….. Hazlina tersenyum sendiri. Fir, Ain..Gosip hangat dari aku…..oh tidak…..

“Terima kasih Fir, sudi juga kau jenguk aku kat Sabah ni ye. Best tak jumpa kekasih kesayangan kau semalam. Terubat dah kerinduan korang berdua ye. Bila kau nak balik Kedah? “ Hazlina tersenyum saat Firzada teringat kenangannya berjumpa kekasih hati. “ kan aku dah bagi tau. Kau ni tak alert lah. Aku balik esok. Tu pasal aku datang hari ini. Lagi pun cuti 5 hari je. Ni pun padat je rasanya, jumpa kekasih, jumpa kau lagi.haha. tapi tak apa. Aku datang lagi tau, cayang kau” Firzada mencuit pipi gebu Hazlina melihat Hazlina tercengang dengan kata-katanya yang nak balik esok. “ awalnya Fir, tak berpeluanglah kau jumpa Asraf tu. Kesian dia. Tapi tak apalah, kang aku bawa jumpa kau, terpikat plak kau kat dia. Haru biru aku nanti. Haha. Lagipun aku sayang sangat kat dia. Ambik berat sangat. Caring bangat” luah Hazlina memuji kekasihnya Asraf.

“Lin, saya rasa saya dah jatuh hati kat Lin” Hazlina terkejut dengan pengakuan Asraf ketika mereka keluar makan bersama sebulan yang lepas. Hazlina tidak berfikir panjang mengakui juga dia terpikat dengan Asraf. Mungkin jodoh Hazlina dengan orang Sabah. Mereka telah merancang untuk berkahwin setahun lagi. Cuma menunggu mereka berdua stabil dulu dalam soal kewangan. Cinta antara benua memerlukan kos yang banyak. Johor dan Sabah. Terfikir dalam soal kos, mereka merancang mengadakan majlis ringkas sahaja di rumah Hazlina sebelum balik ke Sabah untuk mengajar dan melangsungkan majlis kedua di rumah Asraf.

“ apa-apa ajelah kau ni. Aku tetap setia pada yang satulah. My love is number one. No more. “ Firzada menidakkan kata-kata Hazlina yang menganggap dia akan terpikat kepada Asraf. “ Lin semoga bahagia ye. Kalau dah tetapkan tarikh perkahwinan korang, jangan lupa aku dan Ain tau. Tak sabar tengok kau kawin dengan orang Sabah. Macam manalah ye agaknya. Haha. Alah aku gurau jelah.” Kata-kata nasihat seorang kawan, Hazlina mencebik bibir apabila kata-kata terakhir mempersendakan Hazlina.

1 tahun kemudian…………………..

“Abang, Lin rasa nak pindah mengajar ke Johor, boleh tak abang” Hazlina terasa berat untuk menuturkan kata-katanya. Disudut ruang tamu, Hazlina melihat reaksi Asraf yang kadangkala tunduk menyemak buku latihan anak muridnya. Reaksi Asraf yang membiarkan Hazlina seketika membuatkan Hazlina terfikir dan dia yakin Asraf tidak setuju kerana mereka telah mempunyai rumah di Sabah. Soal balik kampung tidak menjadi masalah kerana mereka selalu balik ke Johor. “hmm.. kenapa dengan sekolah sekarang ni? Lin dah bosan ke? Atau bosan dengan abang..” Lin terus menutup bibir Asraf dengan jarinya, Asraf tidak terkata-kata. Terasa pedih dikatakan sedemikian. “ Abang, janganlah anggap macam tu. Lin tak bosan kat abang atau sengaja nak pindah. Tapi hati Lin ni nak sangat ke Johor tu.” Lin menegaskan kata-katanya. Asraf menggelengkan kepala. Hazlina akui, Asraf seorang suami yang baik.

Baik dalam segala hal. Hazlina tidak mahu melukakan hati suaminya itu. Dia tau kata-katanya membuatkan mereka dingin. “ Abang, kenapa abang tak nak cakap dengan Lin ni” soal Lin, melihat Asraf yang semakin hari tidak menunjukkan tanda suka dengan keputusannya untuk pindah. “ Abang? “ Asraf berlalu sahaja setiap kali mereka bertembung di rumah. Bagaikan terkena panahan petir, rumah tangga dulu yang penuh serinya cuma kesunyian yang dirasakan. Masing-masing membawa haluan, terutamanya Asraf yang jarang melayan dan bercakap dengan Lin. “ kalau Lin nak pindah juga, terpulanglah kepada Lin. Lin fikirlah seelok2nya tentang hubungan kita ni. Bukan tidak balik Johor pun, kita selalu balik. Apa masalahnya lagi sehinggakan nak berpindah ke sana? Nak duduk dekat dengan keluarga? Jadi rumah kita ni macam mana. Suka ke kalau kita berjauhan? “ panjang lebar Asraf meluahkan kata-kata hatinya apabila melihat keadaan rumah tangga mereka semakin goyah dek hanya keinginan Hazlina berpindah ke Johor.

Mungkin pada Hazlina tak besar, namun pada Asraf sangat besar untuk difikirkan dan diselesaikan. Hazlina semakin terdesak untuk membuat keputusan. Entah sebab apa Hazlina hendak berpindah juga.
“ Abang, Lin sayangkan abang. Abang jangan bersikap macam ni ye” jangan sebab keinginan Lin tu rumah tangga kita goyah macam ni. Cukuplah abang. Janganlah buat muka macam tu. “ melihat hubungan yang tidak lagi seperti dulu. Lin tekad menghadap suaminya. Bertentang mata dengan suaminya. Asraf menoleh ke arah lain dengan muka yang tiada indah. “ Abang, tengok isteri abang ni. Abang…? “ Hazlina merayu lagi menyapa suaminya dengan lemah lembut. Dalam hatinya Hazlina tidak mahu apa-apa berlaku dalam hubungan mereka. Asraf akur juga akhirnya melihat muka Hazlina. Mata mereka bertembung, Hazlina dengan sayu kata-katanya mengalirkan air mata tiba-tiba.

Hazlina membiarkan airmatanya terus mengalir, menunggu suami tersayang yang mengelapnya. Akhirnya suami yang tersayang mengelap airmata isterinya. Seterusnya memeluk isteri tersayang dipangkuan. “ Abang minta maaf ye sayang. Abang rasakan abang dah tak berguna dalam hati Lin walau pun tak sampai setahun kita kahwin. Abang sayang Lin sangat. Tidak mahu berpisah dengan Lin. Teringat kata-kata Lin hari tu. Nak berpindah. Rasa sayu hati. Bukan mudah sayang abang nak berjauhan dengan sayang. Abang minta maaf sekali lagi sebab tak melayan dan bercakap dengan sayang beberapa hari ini. Abang Cuma nak tenangkan hati. Hmmm…” tangisan Lin semakin sayu mendengar kata-kata hikmat suaminya.

“ Abang, Lin pun sayang abang. Lin tak terfikir pun nak berjauhan dengan abang. Jauh dari hati nak berpisah. Sayang abang. Lin saja nak kepingin mengajar kat tempat Lin. Tapi Lin terfikir juga, mungkin awal sangat untuk berpindah. Tak apalah. Masa akan datang kot. Boleh ye abang” Lin mula tersenyum dengan bertanyakan soalan yang agak sukar diterima oleh Asraf.” Hmm…ye boleh, masa akan datang.” Asraf keluh dan menuturkan juga kata-katanya. “ terima kasih abang. Sayang sangat. “ Hazlina memeluk erat lagi suaminya….Asraf dalam diam memikirkan masa akan datang yang Hazlina maksudkan. Hmm..aku redha dengan semua ni. Monolog Asraf.

“ Abang, jom makan. Kita masak sama ye. Lin dah lapar ni. “ hazlina mengangkat muka memandang suaminya yang masih berfikir. “ ok sayang “ Asraf menjawab melihat Hazlina memerhatikannya. “ ok jom abang sayang..hehe” Lin membimbit tangan Asraf menuju ke dapur. Mesra sungguh pasangan suami isteri ini. Begitulah keindahan dalam rumah tangga. Perlu ada sifat tolak ansur untuk kebahagiaan bersama. Paling penting kasih sayang bersama diusahakan.

Dalam kesibukan memasak Hazlina bermonolog sendirian…Abang, Lin ada sesuatu kejutan untuk abang. Sebenarnya abang sendiri yang ingin sangat. Tapi Lin saja tak mahu bagitau melihat kita tak keruan beberapa hari. Nanti rosak mood mengecapi khabar gembira ini. Hadiah untuk suami tersayang, abang…Lin sayang abang. Haruskah aku memberitahunya masa ini? Aku tidak bersedia lagi….apa pun aku harap Asraf gembira dan teruja kerana sudah lama Asraf nantikan…. Abang, sayang abang….hadiah kejutan untukmu sayang….

TAMAT SUDAH….
By aku bah….11.42AM(14.04.09)