Salam

Ketidaktahuan aku dalam berbicara membuatkan aku lemah dalam menghadapi situasi tegang atau di depan khalayak ramai. Pasti aku akan kaku, kelu dan tidak akan dapat memanfaatkan bicara yang sebenarnya telah disusun atur untuk diperkatakan. Namun, ia tetap tidak menjadi. Sejak aku kerja dulu pun masih kaku, pernah menghadiri kursus pengucapan awam namun tidak dapat diaplikasikan sebenar-benarnya. Aku masih ingat sebelum aku datang ke Upsi ni yakni semasa aku kerja di Sarawak dulu, aku ditugaskan oleh jabatan aku untuk memberi taklimat berkenaan dengan cara mengisi borang gaji bagi pembayaran zakat. Aku ditugaskan yang masih kabur dalam berkomunikasi di depan khalayak ramai.

Namun ketua jabatan aku tetap memberi kepercayaan kepada aku bahawa aku boleh. Aku hanya menurut arahan tersebut walau pun amat sukar aku terima. Aku telah membuat persiapan dari segi info dalam slide dan sebagainya. Tiba hari taklimat, taklimat yang boleh aku anggarkan dalam satu dewan kuliah di Upsi ni macam DKK. Ramai orang yang hadir, bila melihat keadaan macam tu aku makin gugup dan gemuruh ditambah lagi duduk di depan sebaris dengan wakil-wakil pihak lain beri taklimat juga. Banggalah juga dapat duduk macam tu. Selama ini pun tak pernah.

Majlis dihadiri oleh Pengerusi Baitulmal Sarawak dan wakil-wakil unit gaji seluruh Miri. Memang dalam hati mengatakan amat payah situasi ini. Saat je masanya untuk beri taklimat dan semasa taklimat, aku memang agak lucu juga apabila berkata-kata sehinggakan dewan penuh gelak ketawa dengan apa yang aku perkatakan sedangkan aku tak buat lawak. Mungkin cara aku bercakap sedangkan kena rasmi atau skema yakni mencampurkan adukkan bahasa standart, bahasa Sabah dan bahasa Sarawak juga membuatkan mereka gelak. Bukan gelak dengan taklimat, mungkin penyampaian yang aku rasakan selamba sahaja. Entahlah. Sehinggakan aku tak sangka dapat melakukannya macam tu, sedangkan orang lain yang beri taklimat, semua tekun mendengar.

Habis je taklimat dan masa sesi soal jawab, Pengerusi mengatakan aku memberi taklimat selamba dan menepati kehendak dan cara pembayaran zakat. Syukurlah juga. Satu lagi cabaran yang aku rasakan sukar sangat-sangat apabila aku ditugaskan untuk membaca doa. Doa merasmikan pejabat baru jabatan kami. Tak terbayang, aku ke yang baca doa ni? Ketua jabatan aku main suka hati je nak bagi tanggungjawab macam tu sedangkan ianya melibatkan soal maruah jabatan sekiranya ada kesilapan berlaku. Rakan-rakan sepejabat menyokong aku tapi ada juga yang menyuruh aku tolak je dan panggil je wakil dari pejabat agama. Tetapi ketua jabatan aku tetap nak aku juga yang buat, dengan alasan bagi peluang dan berani. apa yang menakutkan aku adalah, majlis perasmian pejabat baru kami dihadiri oleh Ketua Akauntan Negara Malaysia dari ibu pejabat Putrajaya dan timbalan-timbalannya. memang takut sangatlah. Berbekalkan teks dan ayat Al-Quran yang disediakan oleh pejabat agama, akhirnya aku dapat juga menjalankan tanggungjawab tersebut.

wakil-wakil jabatan lain mengucapkan tahniah kepada aku kerana berani lebih-lebih lagi aku tak sampai setahun pun bekerja. Aku mengucapkan terima kasih sangat-sangat kepada Allah sebab tak sangka dapat buat tanggungjawab berat macam tu. Sehingga saat tangan ini menekan keyboard laptop ni masih teringat dan kaget dengan apa berlaku dulu. Semunya mengajar aku untuk menyahut cabaran dan melaksanakannya dengan baik. Namun, kenapa aku tak dapat melakukannya lagi? Kawan-kawan aku cakap, aku hanya tau je menulis tapi tak tahu bercakap. Bukan tak tahu tapi dah mencuba.Ya Allah permudahkan urusan hambaMU ini. Amin.

by, aku bah

9.42pm Kuo 21.02.09