“ KEBODOHAN PERLU DIAJAR
KESOMBONGAN PERLU DICABAR “
– Hamzah Fansuri –

Memang benarlah apa yang diperkatakan oleh Hamzah Fansuri seorang sasterawan Indonesia bahawa kebodohan seseorang itu perlu diajar dan kesombongannya perlu dicabar.

Saya maksudkan ungkapan ini sebagai berikut yakni bila kita sedar kita tidak tahu menahu tentang sesuatu eloklah kita untuk mempelajarinya agar kita dapat menambahkan ilmu. Belajar dan terus belajar bukan setakat untuk waktu-waktu penting tapi untuk kehidupan masa mendatang. Kesombongan juga hendaklah dielakkan bagi memastikan diri kita sentiasa disenangi oleh orang lain dari erti kata kita memahami orang lain dan orang lain begitu juga sebaliknya.

Salam perjuangan dalam menenmpuhi arus kehidupan yang penuh mencabar. Selagi ada kudrat untuk belajar, berusahalah untuk memajukan diri bahkan untuk kepentingan orang lain juga khususnya ilmu yang kita ada dapat disalurkan atau disampaikan kepada mereka.

by, demi idea dan demi apa yang aku tuliskan….
akubah
9.06am 18.02.09(kuo)

Advertisements