Single or Double ?

Single : Baik atau Jahat dalam diri,

Double : dua2 ada yakni jahat dan baik dalam diri

Jahat & Baik Bergaduh

Nak jadi seorang yang baik memang impian semua orang dalam dunia ni. Nak jadi jahat juga bukan impian sesetengah orang tapi ada faktor penyebabnya. Siapa pun kita pasti merasa sesuatu itu jahat atau tidak elok bagi diri namun kadang-kadang ianya terlewat untuk dikenal pasti. Lantas baru terfikir kejahatan atau dosa yang telah dilakukan dan kemudiannya terus bertaubat. Itu pun jika ada perasaan takut kepada Allah. Bagi yang tak takut, akan terus menerus mengulangi kejahatan itu dan pastinya akan menjadi faktor kepada berlakunya kejahatan dalam diri.

Siapa pun kita menginginkan yang terbaik dalam hidup dan disekeliling kita. Setiap perubahan dalam diri pasti memberikan sinar hidup yang akan bergemerlapan di masa mendatang jika disulami rasa ketaqwaan yang mendalam ketika perubahan diri itu berlaku. Mungkin kejahatan juga akan berdolak dalik menguasai kita. Ketaqwaan yang kuat jadi benteng hidup agar selamat dari godaan kejahatan. Namun setakat mana ianya akan bertahan? Nak jadi baik memang payah, nak jadi jahat mudah sahaja. Bilakah kita akan mendapatkan kebaikan yang hakiki ? Yakni tidak terjebak ke arah kejahatan. Bukan tidak berusaha, tapi mungkin dugaan yang diterima. Tabah dan kuatnya ketaqwaan kepada Allah adalah jalan untuk ke arah hidup yang disirami bait-bait kebaikan.

p/s : aku tak mau jadi jahat

by,akubah07

Advertisements