” Tidak bermakna kasih sayang tanpa pemberinya, tidak berharga kasih sayang tanpa penerimanya ”

Ungkapan ini aku terungkaikan ketika aku membuat tugasan untuk Program LDK yang bertemakan kasih sayang. Lantas idea untuk mencari kata-kata jiwang mahu pun berunsurkan romantis difikirkan. Akhirnya ungkapan ini hanya begitu diwar-warkan tanpa diperjelas sepenuhnya. Bukan menjadi persoalan, namun sekadar berkongsi ungkapan ini. Pernah diutarakan kepada seorang rakan perempuan tatkala dirinya dibelenggu masalah cinta. Mungkin dia boleh memikirkan lebih jauh lagi masalah cintanya dengan ungkapan ini untuk diterjemahkan kearah maksud ungkapan ini. Apa pun, pemahaman semua orang adalah berbeza. Justeru, pemahaman yang baiklah menghasilkan jawapan yang pasti.

akubah 1.12am(15.02.09)

Advertisements