Ketatapan mataku penyejuk hatiku
apa yang kuinginkan
belum ku perolehi lagi
kekadang aku putus asa
kekadang berserah padaNYA
namun tanpa usaha
adakah yang diinginkan tercapai?….
adakah akan kunjung tiba bergolek?….
berbagai cara dilalui
terjerumus ke lembah maksiat
walau tidak sejauh mana,namun tetap dosa
aku gagahi diri dalam pencarian
walaupun dikecewakan dan mengecewakan
mungkinnya dugaan segala
aku pastikah pencarianku seindahnya?…
adakah aku setaqwa iman sepertinya?…
aku jujur padanya…tidak !!!
aku bak sikecil kepingin membesar
aku baru mencari sinarNYA setelah leka dahulu
siapalah aku seperti insan dalam pencarianku…..
aku pasrah
aku tak selengkap taqwanya
namun aku mahukan terbaik
menambahkan taqwaku padaNYA
walaupun sukar dimengertikan
aku mencarinya
kerana sebuah ikatan naluri hati
kepadamu ku cari
aku sentiasa menantikan hadirmu
dalam sinar hatiku
ketahuilah aku sentiasa mencarimu…
aku redha walau bila lagi pencarian ini berakhir
berakhir dengan megahnya
harapan dan impianlah akan girang
dimanakah geranganmu????……..
by, akubah 2007
20 Februari 2009 at 7:46 PM
mencari yang indah itu harus diindahkan juga…
mencari yang baik itu harus dibaikkan juga…
mencari cinta itu harus dicintakan juga…
wak… kalau kita mecari yg terbaik….kite juga perlu menjadi yang terbaik..
x mungkin tidak… sbb tiada istilah tak boleh atau x mampu.. yang ada sebenarnya MAHU atau TIDAK MAHU… doa ku mengiringi mu, sahabat ku….