Cinta lagi?

” Cinta tidak berbalas ”

Pertama kali
Ku terpandang padanya
Hatiku berkata aku ingin mencintai
Debunga mekar kasih disanubari
Dunia kurasa milik bersama

Lewat kalinya
Dirinya akur pada luahan
Akur pada kata-kata berputik
Bahawa aku jatuh hati
Bahawa aku sayang
Akur bukan bermakna terima
Akur bukan bermakna setuju
Penerima cinta berhati gundah
Meluahkan kembali isi hati terpendam
Susahnya kutahu dia sudah dimiliki
Layunya pepohon cinta
Gugurnya bunga-bunga cinta
Sayu hati bergelodak jiwa

Akhir kalinya
Aku sedar diri tak seindah nur bicara
Bak mencuba tiada kesudahan
Namun ianya tiada penghujung
Aku merancang Tuhan menentukan
Kugagahi diri menyusuri denai kelukaan
Di sini cinta tiada balasan
Di sana mungkin bermulanya cinta
Kerana ku tahu usaha pasti ada kejayaan

Padamu wahai kekasih
Cintailah seadanya selama kasih berpimpinan
Cinta fitrah berlandaskan syariat sebenar
Kerana itulah cinta hakiki
Bagi pencinta dan dicintai
Setulus doa mengiringi cinta nan kebahagiaanmu

By, Akubah 2007