Perempuan bertudung

Perhiasan dunia

Mewarnai nan keindahan kasih

Menerajui panca keagungan cinta

Pendamping si pencari cinta

Keayuan akhlakmu menggelodak nurani

Bila tudungmu menghiasi penampilan

Nur hiasan dunia terserlah

Idola pujaan haji jejaka

Keranamu dunia indah bergemerlapan

Perempuan

Wujudmu di sisi adam tercinta

Setia bersama di alam perkahwinan

Zuriat soleh solehah impian

Idaman hati kalbu

Menyusuri jalan kehidupan

Penuh ranjau menginsafi kejadian Pencipta

Kearah keredhaan ilahi

Keagungan cinta

Sandaran pencinta dan dicintai

Biarlah keayuan akhlak bersama keinsafan

Menghiasi dirimu

Segalanya menuju cinta abadi

Berserah pada ketentuan ilahi

Nur kasih terindah impian bersama

Keranamu………..cintaku sejati…

By, Akubah 2007

Advertisements