Salam
Aku mulai ruangan kategori Politik ni dengan situasi di Perak sekarang ini. Aku sendiri merasa bahangnya betapa hangatnya situasi politik di Perak sebab aku sekarang memang menaip di negeri Perak. Pelbagai pendapat, reaksi dan pelbagai lagilah ungkapan-ungkapan diwar-warkan sama ada melalui media Pro-BN dan media Pro-PR. Penulis blog-blog politik pun sibuk menyatakan pendirian masing tentang keadaan ini. Jadi timbullah pelbagai persepsi dan justifikasi yang seakan-akan mereka ni betul.

Tak kiralah bloh Pro-BN dan juga blog Pro-PR. Aku bukan blog politik ye, sekadar blog pemerhati je. Forum-forum dalam alam maya pun tak ketinggalan membincangkannya, aku menyampuklah juga siki-sikit. Banyak isu-isu dibangkitkan dan paling menyentuh perasaan dan naluri sebagai rakyat Malaysia ialah isu derhaka yang dikatakan pelbagai persepsi yakni melibatkan YB Perak (PR) yang dikatakan tidak menurut perintah Sultan untuk meletak jawatan.

Sama ada derhaka ini betul atau sekadar retorik pihak tertentu, kita tunggu apa kesudahannya. Isu-isu dalam PR pun tidak kurang hebatnya, terbaru dari sumber Malaysiakini.com dan mstar.com.my dalam pukul 11.30pm 8.02.09 waktu Malaysia, Karpal Singh(DAP) mengeluarkan kenyataan iaitu mengkehendaki DS Anwar meletak jawatan sebagai ketua pembangkang yang dikatakan punca segala permasalahan yang melanda kini termasuk isu lompat parti. Ini masih isu baru dan pastinya aku menunggu apa feedback seterusnya dari pihak PR yang lain terhadap kenyataan Pengerusi DAP ini.

Karpal desak Anwar letak jawatan ketua Pakatan
Feb 8, 09 4:56pm
Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Ketua ada facto Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut

sumber : malaysiakini.com

Karpal gesa Anwar henti ketuai Pakatan
Pengerusi DAP: Penasihat PKR galakkan budaya lompat parti, rosakkan Pakatan

GEORGE TOWN: Ketika krisis politik di Perak masih belum menemui penyelesaian muktamad, Pengerusi DAP, Karpal Singh pula menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang.
Ia merupakan kenyataan seumpama itu sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan April lalu.
Karpal mendakwa Ketua Umum itu yang mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan ‘keharmonian’ dalam Pakatan Rakyat.

sumber : mstar.com.my…

Apa pun, masih menunggu apa lagi isu terbaru akan muncul. Segala persoalan perancangan yang diwar-warkan 16.09.08 pastinya akan berbangkit semula. Kita tunggu…..

akubah 12.02am 9.02.09
kuo