” demi pena dan demi apa yang dituliskan ”

Menulis

Assalamualaikum

Demi pena dan demi apa yang dituliskan. Ungkapan ini aku terbaca dalam satu majalah agama yakni surat pembaca. Surat pembaca ini menjelaskan selagi ada kudrat untuk menulis atau mengabadikan sesuatu seperti tulisan dan kenangan semasa hidup lakukanlah. Bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Justeru manfaatkan masa yang terluang untuk mencoret sesuatu yang pastinya berunsurkan kepada nasihat dan pengajaran. Sekurang-kurangnya ketika kita di alam lain, tulisan kita masih terpahat dan menjadi panduan hidup generasi lain.

Bersandarkan pada itu, aku bersemangat juga untuk menitipkan sesuatu untuk tatapan semua. Walau pun baru peringkat permulaan diharap ianya akan dapat diperbaiki dan diterima. Bersamalah kita memanfaatkan sesuatu yang kita rasakan baik untuk orang lain. Niat bukan untuk nak jadi terkenal asalkan sumbangan kita sedikit sebanyak dapat dibaca dan diterima secara umum. Kemudahan sedia ada sama ada blog, diari dan karya-karya yang boleh menjadi medan berkumpulnya segala idea dan tulisan. Apa pun demi apa yang kita lakukan adalah hanya kerana Allah s.w.t.

Salam perjuangan dan salam ukhwah.

Akubah 27.01.09

Advertisements