Blog? Semua orang tau apa makna blog. Blog diaplikasikan kepada coretan yang berunsurkan kepada penilaian diri sendiri yakni penulis blog tersebut atau pemiliknya. Penilaian yang tak pasti betulnya atau sekadar mengikut analisis kepala otak sendiri sahaja. Mungkin ada juga penilaian yang berasaskan kepada persoalan pokok yakni betul-betul penilaian yang berasaskan kepada kajian, bukti dan saksi-saksi dalam hal penilaian tersebut.

Tak kisahlah blog yang berunsurkan politik, diari, agama dan sebagainya. Suka juga aku jelaskan bahawa aku tulis-tulis macam ni bukan sekadar menulis, namun untuk melahirkan apa yang aku nak lontarkan melalui tangan ini. Kiranya tempat ni aku gunakan untuk meluahkan apa yang terpendam dalam kepala otak aku. Aku tak nafikan kekadang aku menaip ni ikut kepala otak ku saja tapi aku juga merujuk kepada sumber-sumber yang pro dan kontra terhadap apa penilaian yang bakal aku buat. Tapi siapalah aku untuk membuat penilaian yang sebenarnya, dan kita sedar kita bukan manusia sempurna yang tak lari dari sebarang kesilapan. Mungkin kita tak sengaja dan mungkin juga kita tak perasan bahawa penilaian yang kita buat membuatkan orang lain yang membacanya tidak bersetuju dan tidak suka dengan kenyataan yang telah kita buat. Oleh itu, besarlah harapan aku ni konon-kononnya untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang membaca apa sahaja dalam blog ni untuk dikomen dan ditegur atau sebagainya. Merujuk kepada tajuk “ bila si budak mentah cakap soal politik “ aku akan buat susur galur kenapa aku mendapat idea ni.

Sudah lama keinginan hati untuk menaip tentang tajuk ni tapi kerana desakan study dan tugasan dan masalah line wireless buatkan aku pendamkan sahaja. Kadang-kadang dah mula menaip tetapi rasa malas plak untuk meneruskan. Tak tahulah kenapa.

Mungkin semua tertanya apa kaitan tentang blog yang aku terangkan diawal dengan tajuk ni? Alkisahnya begini, apa yang aku cuba sampaikan tentang budak mentah tu adalah pemahaman budak tu tentang politik yang sebenarnya. Apa yang mengejutkan aku, tak sangka budak tu mengatakan blog adalah satu luahan yang berunsurkan fitnat atau sekadar untuk menjatuhkan orang lain. Justeru, dapat aku kaitkan blog yang difahami oleh budak mentah ni dengan permainan politik sekarang ni. Mungkin ada yang tak tahu dan ada yang dah tahu bahawa kemenangan Parti Pembangkang terhadap 5 negeri dalam pilihanraya baru-baru ini adalah disebabkan pengaruh blog. Tak percaya? Banyak blog sekarang ni sedang giat dihasilkan yakni tentang politik semasa.

Masa aku sedang menulis ni pun ada juga orang yang sedang menulis dalam blog masing-masing. Blog tentang politik telah mula mendapat perhatian muda-mudi yang cenderung kepada penggunaan ICT. Daripada duk buka Friendster, buka My Space dan sebagainya mereka juga telah memberi masa kepada mereka untuk melayari blog-blog politik ini. Tak kisahlah blog yang sokong pembangkang atau sokong pemerintah. Namun, dengan kecanggihan ICT sekarang ini segalanya telah memberikan sumber maklumat tentang apa dan bagaimana sistem politik Malaysia bercatur. Menurut sumber juga, pengundi mudalah yang banyak membantu kepada kemenangan banyak kerusi bagi pembangkang. Mungkin kalau kita rajin melayari laman-laman blog ni memang banyak sangat.

Taip je apa-apa kat ruangan search Yahoo ke google ke, pasti ada link yang akan menerangkan tentang blog politik. Bagi yang berminat dengan politik, mungkin sukar terima apa-apa blog yang bercanggah pendapat dengan kita. Mungkin juga rasa bangga jika blog yang dibaca sama sokongan terhapat pembangkang atau sebagainya. Macam-macam berlaku dan macam-macam situasi. Berbalik kepada si budak mentah ni, penyokong kuat pihak pembangkang sehinggakan mengganggap blog tu fitnah, budak mentah ni cakap sebab ada artikel dalam blog penyokong kerajaan yang hentam apa yang budak mentah ni sokong, apa isi kandungan artikel tu semua dikatakan fitnah sedangkan ada juga kenyataan yang benar.

So, apa beza blog fitnah antara blog pemerintah dengan blog pembangkang? Maksudnya kedua-dua ni fitnah jela. Tak betul, sekadar omongan kosong. Tak tahulah, apa pun aku hormat pendirian budak mentah ni. Semestinya ramai lagi yang sama pendirian dengan budak mentah ni, tak kisahlah yang dah berumur atau yang masih muda. Bagi mereka, “apa kita sokong, kita tetap sokong. Apa-apa hal yang berlawanan dengan apa kita sokong tu, kita jangan ambil peduli “.

Aku pun bukanlah seorang yang betul untuk nak membetulkan pendapat setiap orang, hanya ada pembacaan atau sumber yang boleh dirujuk, kita cuba rungkaikan setiap apa pemahaman orang. Bukan bertindak sebagai orang yang benar tetapi sekadar memberi pendapat, sekiranya diterima atau didengar, kira baguslah tetapi sebaliknya terserahlah. Apa pun, semua orang masing-masing ada pendapat dan fikiran kepala otak sendiri. Taakul minda, refleksikan diri pasti ada sesuatu yang memberikan jawapan kepada persoalan yang mencengkam kepala. Nak tahu siapa si budak mentah tu?

Sama-samalah kita fikirkan. DIA ADALAH KITA SENDIRI. Fikirkanlah dan fahamilah apa yang kita baca dan sekiranya tidak bersetuju dengan idea dalam pembacaan kita, perbanyakkan lagi pembacaan kita. Pasti ada jawapan kenapa ianya berbeza pendapat. Dalam soal politik, jangan hanya merujuk kepada satu sumber sahaja dan banyakkan sumber yakni yang melibatkan sumber yang pro dan kontra iaitu sumber dari pihak pembangkang dan sumber dari pihak pemerintah. Pasti ada sumber yang betul ditengah-tengahnya. Bukan mengajak untuk diikuti tetapi sekadar mengajak untuk berfikir yang semanfaatnya.